Tuesday 12 February 2019

TERTIPU BELI SYABU PALSU, PENAGIH DADAH LAPOR POLIS


Sudah menjadi kebiasaan apabila ramai yang membuat laporan di balai polis kerana tertipu membeli barangan palsu. Tapi kali ini kejadian aneh terjadi apabila seorang lelaki nekad ke balai polis untuk melaporkan bahawa dia ditipu ketika cuba membeli dadah jenis syabu.

Kejadian tersebut terjadi di China. Wang Nan pada mulanya ingin membeli syabu berharga 1400 Yuan (RM840) yang seberat 1.58 gram. Malangnya, ketika mencuba syabu tersebut dia berasa pelik. Ternyata syabu yang baru ia beli sebenarnya hanyalah gula batu.


Berang kerana ditipu, Wang Nan nekad membuat laporan di balai polis dengan niat untuk mendapatkan wangnya kembali. Walaupun polis berjaya menangkap penipu tersebut, Wang Nan turut diberkas kerana didapati positif syabu.

No comments:

Post a Comment