Friday 14 December 2018

PENCURI LAPTOP HANTAR PESANAN MINTA MAAF, BAIK ATAU JAHAT?

Bolehkah anda menjadi orang yang baik dan jahat dalam masa yang sama?


Sekelumit simpati

Kejadian ini pernah terjadi dengan kawan saya. Rumah sewa mereka dimasuki pencuri ketika malam. Handphone, laptop dan dompet mereka habis kena kebas. Dalam keadaan panik, mereka menyedari ada plastik hitam di depan pintu rumah mereka. Pada mulanya mereka merasakan plastik tersebut bahan-bahan pukau kerena mereka langsung tidak menyedari rumah mereka dimasuki pencuri sedangkan ada yang tidur di ruang tamu berdekatan pintu hadapan.


Kerana rasa ingin tahu yang tinggi, mereka memberanikan diri untuk membuka plastik tersebut. Setelah dibuka, rupa-rupanya isi plastik tersebut berisi kad pengenalan, kad bank dan sim card telefon mereka. Walaupun merasa sangat sedih kerana kehilangan handphone, duit dan laptop, sekurang-kurangnya pencuri itu mengembalikan kad pengenalan, kad bank dan simcard telefon.

Penyesalan seorang pencuri

Kisah di negara luar. Jarang terjadi ataupun ini mungkin adalah pertama kalinya, seorang pencuri laptop telah menghantar pesanan meminta maaf melalui email kepada mangsanya. Pencuri ini juga menawarkan untuk menghantar semua dokumen penting yang ada di dalam laptop tersebut. Menurut pencuri itu juga, dia sengaja tidak mengambil dompet dan handphone si mangsa kerana tidak ingin memberi beban lebih.


Pencuri itu menawarkan untuk menghantar dokumen penting kerana si mangsa adalah seorang pelajar. Kemungkinan terdapat kerja dan dokumen penting di dalam laptop tersebut.

No comments:

Post a Comment