Wednesday 14 November 2018

JEPUN DAN BUDAYA BUNUH DIRI



Di sebalik agungnya negara Jepun di dalam bidang ekonomi dan pembangun, terdapat satu cela yang masih gagal mereka atasi. Masyarakat Jepun sememangnya dikagumi dan disanjung tinggi kerana budaya kerja keras mereka. Dari sebuah negara yang musnah teruk ketika perang dunia kedua, Jepun bangkit menjadi sebuah negara maju yang terkenal di seluruh dunia.


Hari ini, perdana menteri kita mengulang semula dasar pandang ke timur yang pernah beliau lancarkan pada tahun 1982. Dasar ini adalah dasar ekonomi yang mana turut menjadikan budaya kerja Jepun sebagai contoh etika bekerja.

Hakikatnya, budaya ini ada baik dan buruknya. Bagi masyarakat Jepun, tidak bekerja dianggap seperti tabu ataupun suatu perkara yang sangat teruk dan tidak boleh diterima. Kerana persepsi inilah masyarakat Jepun memilih untuk membunuh diri jika gagal mendapat kerja ataupun menghadapi tekanan di tempat kerja.


Jepun sememangnya terkenal dengan budaya membunuh diri. Pada zaman samurai, seorang samurai yang gagal dalam menjalankan tugas atau kalah dalam perang akan melakukan Seppuku iaitu ritual membunuh diri dengan membelah perut mengunakan samurai. Ketika perang dunia kedua pula, Jepun melancarkan serangan Kamikaze iaitu serangai bunuh diri mengunakan kapal perang. Begitu juga ketika perang pasifik, Jepun melakukan serangan Banzai iaitu meluru ke depan untuk menyerang tanpa mempedulikan serangan dari pihak lawan.

Pada tahun 2003, jumlah kematian akibat bunuh diri di Jepun ialah sebanyak 34,000 orang. Pada tahun 2014 pula, angka kematian bunuh diri pada setiap hari ialah sebanyak 70 orang. Kebanyakan kes bunuh diri adalah berpunca daripada ketiadaan kerja ataupun kerja berlebihan di tempat kerja.


Bagi sesetengah masyarakat Jepun, mereka hanya ada dua pilihan. Mati kerana kerja ataupun bunuh diri kerana tidak mempunyai kerja. Gelaran Karoshi adalah untuk mereka yang mati kerana kerja berlebihan. Dan peliknya, perkara ini bukanlah sesuatu yang pelik di sana.


Di Malaysia pula, kita tidak melihat orang lain yang tidak bekerja sebagai sesuatu yang buruk. Lihat sahaja jumlah pengemis di Malaysia, kita sentiasa berbesar hati untuk memberi sedekah tanpa melebel para pengemis sebagai pemalas. Mungkin saja mereka mempunyai isu-isu yang kita gagal untuk faham. 

No comments:

Post a Comment