Sunday 4 November 2018

PEROMPAK PALING TERUK DALAM SEJARAH


Kejadian rompakan ini sangat pelik kerana para perompaknya terbukti tidak boleh berfikir secara waras. Polis yang menerima laporan tersebut juga hampir-hampir tidak bercaya wujud perompak sedemikian.

Mulanya, seorang pemilik kedai Vape didatangi 6 orang perompak yang masuk ke dalam kedainya pada awal pagi. Setelah diminta menyerahkan duit, pemilik kedai tersebut berkata dia tidak mempunyai duit kerana kedainya baru sahaja buka. Lalu dia pun menawarkan para perompak tersebut untuk datang semula pada waktu petang kerana waktu itu dia boleh mendapat banyak duit hasil jualan pada hari tersebut.

Para perompak yang kelihatan bersahaja itu bersetuju dan berlalu pergi. Setelah itu, pemilik kedai tersebut pun menelefon balai polis berdekatan untuk membuat laporan. Walaupun sukar untuk percaya laporan tersebut, beberapa orang polis terpaksa datang untuk memastikan kebenaran laporan itu.

Ajaibnya, ketika kedai ingin ditutup, para perompak tersebut benar-benar datang semula untuk mengambil duit. Malangnya, kali ini polis sudah bersedia di bilik belakang kedai lengkap dengan senjata. 5 orang perompak berjaya ditangkap dan seorang lagi berjaya melarikan diri.

No comments:

Post a Comment