Sunday 4 November 2018

TEMPAT UNTUK DAPAT KOTAK TERPAKAI PALING MURAH


Gara-gara mau pindah rumah, terpaksalah saya cari lubuk-lubuk untuk beli kotak terpakai. Macam biasalah, guna bantuan Google untuk cari tips-tips yang orang sudah pernah kongsi. Selama pencarian tersebut, akhirnya ada satu tempat paling best. Tempat ni jual sangat murah. Sebab tu saya perlu kongsi dengan kamu. Sharing is caring~


Jadi alkisahnya begini, mula-mula saya ikut tips satu blog ni. Dia suruh minta kotok terpakai di stesen isi minyak kereta. Sebab stesen minyak Petronas tidak jauh dari rumah, jadi saya pun try tanya pekerja dia. Tapi rupanya malang, ada satu saja kotak terpakai. Itu pun besar macam bantal saja. Bila tanya perlu bayar atau tidak, pekerja tu sempat delay 30 saat sebelum cakap "ambil saja tida perlu bayar". Apa-apa pun terima kasih sebab bagi free. hehehe


Lepas tu, saya mencuba nasib di kedai runcit pula. Bila tengok kedai tu ada banyak barang-barang dijual. Jadi dalam hati cakap, mesti ada banyak kotak terpakai. Dan tekaan saya memang betul. Memang ada banyak kotak terpakai, tapi tauke tu jual 1 ke 3 ringgit sekotak. Bila fikir-fikir saya perlu sekurang-kurangnya 30 kotak, saya terpaksa batalkan niat untuk beli. Buat apa juga beli kotak terpakai mahal-mahal sedangkan hanya perlu guna sekali. Betul kan? Lain la kalau kotak baru dia jual mahal. Jadi jawapannya, sayonara sajalah tauke.


Tidak putus asa, saya pun pergi di supermarket. Kedai besar, memang mesti ada kotak terpakai. Tapi persoalannya dorang jualkah? Ahaaa! inilah yang saya mau kongsi. Sebenarnya, di supermarket ni dorang memang jual kotak terpakai, tapi bukan dalam pasaraya tu, tapi di luar di tempat loading barang-barang keluar masuk. Selalunya loading bay ni ada di bahagian belakang pasaraya. Kamu hanya perlu datang sana dan minta untuk beli kotak terpakai. Di situ dorang biasanya jual ikut harga pasaran untuk kotak terpakai iaitu 30 sen per kilo. Bila sudah dengar 30 sen saja satu kilo, saya pun cepat-cepat pilih kotak-kotak besar untuk timbang. Mungkin dalam 40 kotak macam tu saya hanya perlu bayar 7 ringgit. Memang terbaiklah! Tempat tu akan sentiasa jadi tempat pilihan utama untuk cari kotak terpakai lepas ni. hehehe

No comments:

Post a Comment