Thursday 20 July 2017

PEPIJAT TINGGAL DALAM BAJU


Pepijat tidak akan tinggal jauh daripada mangsanya. Kebiasaanya, mereka akan tinggal dan membiak sekitar tilam dan katil mangsa. Pergerakan mereka juga sangat terhad sehingga menghalang mereka untuk tinggal lebih jauh dari punca makanan.


Walau bagaimanapun, sesetengah pepijat yang sudah menghisap darah akan tinggal di dalam baju. Pepijat ini adalah pepijat betina yang sarat dengat telur. Pepijat ini memilih untuk berpindah dan membiak di tempat lain untuk mengelak daripada mengawan lagi. Hal ini kerana, proses mengawan memberi risiko kepada pepijat betina dimana pepijat jantan akan memotong perut pepijat betina untuk memasukkan sperma.


Awas jika hotel atau bilik sewa anda berpijat. Anda berkemungkinan membawa seekor pepijat betina yang ssarat dengan telor pulang ke rumah anda.

No comments:

Post a Comment