Thursday 20 July 2017

KEKURANGAN DAN KELEBIHAN PEPIJAT


Pepijat adalah serangga yang agak sukar dihapuskan. Tanpa mengetahui kelemahan dan kekurangan mereka, kita berkemungkinan gagal untuk mengawal serangga mereka.


Apakah kekurangan pepijat? Tidak seperti serangga lain, pepijat tidak mempunyai sayap untuk terbang dan sifat fizikal yang membolehkannya untuk melompat. Pepijat juga tidak mampu bergerak laju. Mereka janya mampu bergerak sejauh 3 hingga 4 kaki dalam seminit. Kaki mereka juga tidak mampu untuk bergerak pada permukaan licin. Sifat-sifat fizikal mereka sangat gagal untuk proses melarikan diri dari pemangsa. Namun apakah pula kelebihan pepijat ini sehingga ia sukar dihapuskan?


Kerana kekurangan yang ia miliki, pepijat beradaptasi dengan bakat lain, iaitu kelincahan melarikan diri dari pemangsa. Pepijat memilik tubuh yang nipis untuk bersembunyi tempat-tempat sempit sehingga sukar dilihat. mereka juga hanya keluar pada waktu malam ketika keadaan yang gelap untuk mengelak daripada diketahui mangsa. Selain itu, mereka juga mempunyai kebolehan lain yang sangat luar biasa iaitu, boleh bertahan hidup selama setahun tanpa menghisap setitis darah pun.


Justeru itu, bagaimanakah caranya untuk menghapuskan pepijat? Mudah saja, gunalah pembasmi pepijat yang berbentuk semburan supaya boleh mencapai tempat persembunyian pepijat-pepijat ini. Harus di ingati, pepijat tinggal tidak jauh dari mangsa. Oleh itu, pastikan anda membuat semburan pembasmi tersebut sejauh 100 kaki dari tempat seranggan mereka.

No comments:

Post a Comment