Wednesday 5 July 2017

KUTU PENYEBAB KEMATIAN LEBIH 200 JUTA ORANG


Pernahkah anda mendengar perihal wabak maut suatu ketika dahulu yang dipanggil Black Death? Wabak ini telah mengakibatkan kematian yang sangat besar iaitu diantara 75 hingga 200 juta orang. Wabak ini merebak sekitar negara Eropah dan Asia yang mana, kawasan utama yang diserang wabak ini adalah bandar London. Pada waktu itu, London kehilangan 20% daripada populasinya setelah 2 tahun diserang wabak ini pada pertengahan tahun 1600. Misterinya, punca wabak ini hanya dikesan sekitan tahun 20-an.


Wabak ini sebenarnya datang daripada kutu (kutu yang selalu ada pada kucing) yang telah dijangkiti oleh bakteria yang dipanggil Yersinia pestis. Kutu yang dijangkiti ini akan menularkan bakteria tersebut kepada manusia yang ia gigit. Siapa yang boleh menjangkakan kutu boleh menyebarkan penyakit yang sangat bahaya.


Masa kini, wabak ini tidak menjadi risiko kematian lagi kerana kita boleh melawan bakteria yang ditularkan kutu tersebut mengunakan antibiotik. Bagaimanapun, siapa tahu jika kutu ini akan menular bakteria baru yang mungkin lebih sukar dibendung.

No comments:

Post a Comment