Wednesday 19 July 2017

PEMBURU MALAM YANG LICIK



Mengikut kajian, Pepijat lebih kerap menyerang mangsa pada waktu malam berbanding siang. Adakah pepijat tidur pada waktu siang ataupun selera pepijat bertambah ketika malam? 


Ternyata, pepijat memilih waktu malam untuk menyerang mangsa sebenarnya adalah kerana keadaan yang gelap dan suasana yang sunyi. Pepijat adalah serangga yang mahir menyembunyikan diri. Jika anda pernah mengalami serangan pepijat, anda pasti tahu akan hal ini. Pepijat tidak mampu melompat, tetapi mereka sangat laju melarikan diri.


Hakikatnya, pepijat tidak memilih malam atau siang untuk menjamu selera, sebaliknya pepijat melihat risiko sebelum menyerang mangsa. Di waktu siang, pepijat juga akan menyerang mangsa jika ia merasa selamat dari sebarang risiko.

No comments:

Post a Comment