Wednesday 31 July 2019

7 CARA MENJAGA PELANGGAN, AGEN DAN STOKIST ANDA


Jika anda adalah seorang peniaga, pelanggan, agen dan stokis adalah pihak yang perlu diberi perhatian. Mereka ini berharga untuk anda. Oleh itu, dapatkan kesetiaan mereka dengan penghargaan.


Berikut adalah 7 cara yang anda boleh lakukan untuk menunjukkan penghargaan anda kepada mereka.

1. Kotakan janji atau tawaran yang anda pernah janjikan
2. Ucapkan tahniah kerana memilih untuk berurusan dengan anda
3. Kirimkan ucapan penghargaan kerena membeli dengan anda
4. Sentiasa menghubungi mereka untuk mengetahui masalah berbangkit
5. Beri ganjaran, hadiah ataupun menjemput mereka ke jamuan makan malam
6. Kirimkan khabar-khabar gembira kepada mereka
7. Beri tindakan susulan di luar jangkaan mereka

Monday 29 July 2019

BACA : 3 SEBAB ORANG SANGGUP MEMBELI


Secara psikologinya, manusia tidak membeli mengunakan logik. Perkara pertama yang mencetus keinginan untuk membeli adalah EMOSI. Emosi inilah yang akan mempengaruhi logik. Sebab itulah syarikat-syarikat besar sanggup berbelanja ribuan ringgit untuk pengiklanan semata-mata untuk memancing emosi pembeli. 


Perkara kedua adalah untuk MENYELESAIKAN MASALAH. Kita membeli sebab kita menginginkan barang tersebut menyelesaikan masalah kita. Contohnya, masalah kulit berjerawat. Kita sudah tentu akan tercari-cari produk anti jerawat. Oleh itu, jika anda ingin menjual sesuatu, pastikan anda yakinkan pembeli anda mereka mempunyai masalah yang produk anda mampu selesaikan. Bayangkan anda menjual ubat kurap kepada yang tidak menghidapi penyakit kurap. Hanya perkara yang sia-sia.


Akhir sekali adalah CERITA. Pembeli sanggup membeli dengan harga mahal jika produk tersebut mempunyai cerita. Bayangkan ada dua jenis pen yang sama, pen A adalah pen biasa manakala pen B juga pen biasa tetapi mempunyai cerita disebaliknya iaitu pen tersebut pernah digunakan oleh Tun Dr Mahathir untuk menulis surat cinta kepada Tun Dr Siti Hasmah. Sudah tentu pen B akan mempunyai nilai harga yang lebih tinggi. Sebagai contoh, jika anda ingin menjual produk, jangan lupa untuk selitkan sedikit cerita berkenaan produk tersebut. Anda boleh bercerita pengalaman pertama kali bagaimana anda boleh tertarik dengan produk tersebut.

BALING DUIT SYILING UNTUK TUAH


Kadangkala, niat baik boleh berakhir tragis atau sebaliknya. Seorang nenek tua yang berumur lebih 70 tahun telah menyebabkan penerbangan kapal terbang ke Guangzhou delay 5 jam.

Mulanya, nenek tua tersebut membaling 9 keping duit syling sebelum naik ke kapal terbang untuk menolak bencana. Malangnya, sekeping duit syiling telah masuk ke salah satu enjin kapal terbang.


seorang penumpang yg sempat melihat kejadian tersebut segera melaporkan kepada kru kapal sehingga penerbangan terpaksa dihentikan kerana ingin membuat pemeriksaan menyeluruh ke atas kapal.

Menurut kakitangan penyelenggaraan, duit syiling tersebut mungkin boleh mengakibatkan berlaku kegagalan pada enjin kapal. Walaubagaimanapun, nenek tua tersebut tidak didenda kerana faktor usia yang sudah lanjut dan tidak mempunyai niat sabotaj.

Friday 26 July 2019

BILL GATES, PEMISAH KEKAYAAN DAN KEMISKINAN ADALAH BUKU


Bill Gates membaca sekitar 50 buah buku setiap tahun. Sekurang-kurangnya sebuah buku dalam seminggu. Beliau percaya, dengan membaca buku, dia boleh mempelajari sesuatu yang baru. Menurut Bill Gates, jika dia boleh memilih satu "kekuatan super", dia akan memilih kemampuan untuk membaca dengan cepat.


Melalui kajian berkenaan tabiat orang berjaya dan kaya, kebanyakan mereka menghabiskan waktu dengan membaca buku. Ada kata-kata yang berbunyi, "orang miskin mempunyai TV yang besar, manakal orang kaya memiliki perpustakaan yang besar" yang mana bermaksud, orang miskin menghabiskan waktunya dengan menonton TV, manakala orang kaya pula sering membaca.

Monday 22 July 2019

KAJIAN RAHSIA ORANG KAYA


Setelah menyelidik dan membuat kajian terhadap tabiat orang kaya selama 5 tahun, Tom Corney mendapati orang kaya sebenarnya mempunyai tabiat yang sama.

Berdasarkan tinjauan keatas 233 orang kaya dan membandingkan dengan 128 orang berpendapatan rendah, beliau membuat kesimpulan bahawa orang kaya mempunyai penghasilan pendapatan daripada beberapa sumber. Berikut adalah hasil daripada tinjauan beliau :

65 % jutawan ada 3 sumber pendapatan
45 % jutawan ada 4 sumber pendapatan
29 % jutawan ada 5 atau lebih sumber pendapatan

Perkara ini ada logiknya kerana, jika salah satu sumber pendapatan anda terjejas, anda mampu mengimbanginya mengunakan sumber yang lain. Kebanyakan orang hanya ada satu sumber pendapatan, iaitu dari perkerjaan mereka. Sekiranya mengalami sebarang masalah berkenaan perkerjaan tersebut, anda akan mengalami masalah kerana tiada bantuan tambahan.

Sebab itulah ramai yang mulai mencari Extra Income untuk dijadikan sebagai backup plan.

Jika anda berminat menambah extra income, anda boleh mencuba dengan syarikat kami. Kami ada menawarkan posisi stokis dan agen tetapi dengan jumlah yang terhad untuk setiap daerah. Jangan lepaskan peluang. Boleh terus hubunggi saya : Elizabeth 016-8348605


Saturday 20 July 2019

BERNIAGA SECARA ONLINE MENJADI KEMESTIAN


Ramai usahawan dan peniaga mulai beralih ke arah perniagaan online kerana ruang jualan yang tiada sempadan. Menjual secara online tidak mempunyai sempadan geografi dan tiada kekangan masa. 


Anda boleh mengiklankan barangan anda kepada pelangan 24 jam sehari dan 7 hari seminggu. Perniagaan online membolehkan anda menghasilkan pendapatan walaupun anda sedang tidur. Dengan memilih dan mengunakan medium media sosial yang tepat, anda boleh mencapai lebih ramai pelanggan berbanding perniagaan secara offline.

Wednesday 17 July 2019

BATU LONCATAN UNTUK MERAIH KEJAYAAN


Bukan semua orang boleh berjaya. Betul! Sebab usaha orang berbeza-beza. Ada yang usaha separuh jalan, ada yang usaha separuh mati, dan ada juga yang langsung tidak berusaha. Apa yang kita perlu hanyalah sedikit motivasi. 

Ada orang yang bermodalkan RM500 akhirnya berjaya menjadi usahawan berjaya. Semua sebab tekad dan usaha. Kemahiran boleh diasah, pengalaman datang dari setiap kegagalan dan kejayaan. 


Menjadi stokis ataupun agen sesuatu produk boleh dijadikan sebagai batu loncatan untuk anda membuka bisnes sendiri di kemudian hari. Seperti pesan Jack Ma pengasas Ali Baba, bekerjalah di dalam sebuah syarikat yang kecil terlebih dahulu untuk melihat dan belajar proses bagaimana sesuatu perniagaan itu beroperasi. Seterusnya, gunalah kemahiran tersebut untuk mengejar cita-cita yang lebih tinggi.


Tuesday 16 July 2019

RAHSIA MENCAPAI KEBEBASAN KEWANGAN



Pusing kiri pusing kanan, setidaknya akan ada seorang yang kita kenal yang mempunyai masalah kewangan. Kemungkinan saja, diri kita sendiri. Kita melihat orang lain mampu dan berjaya, sedangkan kita masih cukup-cukup makan walaupun gaji mencecah ribuan ringgit sebulan.

Ada orang yang bergaji sekitar seribu lebih sahaja tetapi mencapai kebebasan kewangan. Apa RAHSIA?

Saya pernah menyertai kelas berkenaan Kebebasan Kewangan. Dan rahsia terbesar untuk mencapai tahap tersebut adalah SIDE INCOME. Kunci mencapai kebebasan kewangan adalah menabung. Tabungan ini akan menghasilkan duit. Sebagai contoh tabungan ASB. Setelah anda mempunyai modal kewangan yang banyak, anda sudah boleh mulai melabur.

Jika duit gaji kita hanya cukup-cukup makan, macamana nak menabung? Jawapannya ialah side income. Walaupun kita sedang bekerja, kita masih boleh mengambil peluang untuk mendapatkan pendapatan sampingan melalui bisnes online dan sebagainya.


Sebagai contoh, jika anda menjadi stokis Organic Peace, anda boleh mencari pembeli di masa-masa terluang. Anda boleh menjual spray Organic Peace hanya melalui pengiklanan di media sosial dan melalui kenalan. Gunakan hasil pendapatan tersebut untuk tabungan tetap. Suatu hari nanti anda pasti akan mencapai kebebasan kewangan.