Monday 29 July 2019

BALING DUIT SYILING UNTUK TUAH


Kadangkala, niat baik boleh berakhir tragis atau sebaliknya. Seorang nenek tua yang berumur lebih 70 tahun telah menyebabkan penerbangan kapal terbang ke Guangzhou delay 5 jam.

Mulanya, nenek tua tersebut membaling 9 keping duit syling sebelum naik ke kapal terbang untuk menolak bencana. Malangnya, sekeping duit syiling telah masuk ke salah satu enjin kapal terbang.


seorang penumpang yg sempat melihat kejadian tersebut segera melaporkan kepada kru kapal sehingga penerbangan terpaksa dihentikan kerana ingin membuat pemeriksaan menyeluruh ke atas kapal.

Menurut kakitangan penyelenggaraan, duit syiling tersebut mungkin boleh mengakibatkan berlaku kegagalan pada enjin kapal. Walaubagaimanapun, nenek tua tersebut tidak didenda kerana faktor usia yang sudah lanjut dan tidak mempunyai niat sabotaj.

No comments:

Post a Comment