Monday 28 May 2018

BOANTHROPY PENYAKIT MANUSIA JADI LEMBU


Semakin hari semakin banyak penyakit pelik yang muncul. Salah satu penyakit delusi yang sememangnya pelik ialah penyakit Boanthropy. Para penghidap penyakit ini percaya bahawa mereka adalah sapi ataupun lembu.


Menurut kajian, penyakit ini berpunca daripada mimpi. Pada mulanya, mereka bermimpi mereka merupakan seekor lembu dan ketika terjaga dari tidur, mereka masih percaya bahawa mereka merupakan seekor lembu.


Kebiasaannya, pesakit ini akan berkelakuan seperti seekor lembu seperti memakan rumput dan sebagainya.


Nebukadnezar, Raja Kekaisaran Neo-Babilonia, diriwayatkan sebagai salah satu penderita kelainan psikologi ini.

Pelik? Jangan main-main dengan kuasa mimpi. Akhir kata, ada juga manusia yang tidak menghidapi penyakit ini tapi perangai macam lembu..hehehe salam positif. jumpa lagi.


Saturday 26 May 2018

10 BURUNG TERCANTIK DI DUNIA

1. Golden Pheasant

2. Cenderawasih

3. The Quetzal

4. Blue Bird Of Paradise

5. Atlantic Puffin

6. Nicobar pigeon

7. Red crested turaco

8. Victoria crowned pigeon

9. Toucan

10. Merak



Thursday 24 May 2018

DIA HENDAK MELIHAT REAKSI SUAMINYA TETAPI..

Suatu hari si isteri ingin mencuba suaminya. Ketika si suami keluar bekerja, si isteri pun menulis surat menuntut bercerai. Si isteri sebenarnya tidak berniat untuk bercerai. Dia hanya ingin melihat reaksi suaminya. 

Kemudiannya, si isteri pun meletakkan surat tersebut di atas meja dan segera bersembunyi di bawah katil sambil menungggu suaminya pulang.

Ketika suaminya pulang, dia melihat surat tersebut dan membacanya.

Alangkah terkejutnya si isteri apabila dia mendengar suaminya menelefon perempuan lain. Si isteri mendengar perbualan si suami dengan wanita lain. "Sayang, jumpa awak di rumah hari ini. Si bodoh ini sudah menuntut cerai. Mungkin dia sudah tahu saya curang dengan kamu. Saya sangat gembira akhirnya bebas daripada dia. Alangkah baiknya jika saya menemukan kamu lebih awal daripada dia. Jumpa nanti." 

Mendengar perbualan si suami, hati si isteri hancur berkecai.

Sesudah itu, si suami segera bergegas keluar daripada rumah. Si isteri pun merangkak keluar dari bawah katil dan ternampak surat balasan daripada si suami. Sambil menangis teresak-esak, si isteri membaca surat tersebut. Dan kali ini si isteri sangat terkejut dengan kesilapannya.

Surat tersebut berbunyi, "Sayang lain kali jika kamu ingin permainkan saya, pastikan kaki kamu tidak kelihatan di bawah katil. Saya tahu kamu mainkan saya. Saya hendak keluar membeli barang, jumpa anda nanti. I LOVE YOU."

Ah... betapa leganya hati si isteri. Pengajarannya, jika anda ingin permainkan seseorang, pastikan kamu sudah merancangnya dengan cukup sempurna. Hehehe plot twist!

Thursday 17 May 2018

KERANA TERLALU MENAWAN, DISANGKA ARTIS KPOP


Jack : Ui boy, cuba kau drive laju sikit. Ada sumandak putungan Korea sana depan.

Boy : Uina... Artis kpop kali ni Jack, jalan-jalan cari makan sini KK.


Jack : Boy, kau nampak kah tu tiang sana depan?

Boy : Nampak, kenapa dia?

Jack : Kau tolong langgar tu tiang, menyesal suda saya hidup....

Sekian..hehehe

Wednesday 16 May 2018

20 STYLE KENING YANG ANDA MUNGKIN TIDAK BERMINAT

Setiap manusia mempunyai citarasa yang tidak sama. Apa yang kita rasa hodoh mungkin saja cantik bagi orang lain. Berikut merupakan 20 bentuk kening yang lain daripada yang lain.

1. Kening Shin Chan

2. Kening cangkuk

3. Kening cangkuk 2.0

4. Kening luar biasa

5. Kening ahli sihir?

6. Kening makin tebal makin menawan

7. Kening sayap batman

8. Kening sayap burung

 
9. Kening misteri

10. Kening kurus

11. Kening lidi

12. Kening seluas laut cina selatan

13. Kening salah bikin

14. Kening dua lapis

15. Kening L

16. Kening darab dua kali

17. Kening bercantum

18. Kening sayap bangau

19. Kening segala kening

20. Kening cacing kepanasan

Ada yang berkenan di hati anda? Silakan mencuba. 

Friday 4 May 2018

RAHSIA ORANG INDIA TANAMAN BEBAS RACUN



Di India, para petani di daerah Chattisgarh mengunakan Coca-cola dan Pepsi sebagai racun serangga perosak. Hal ini adalah kerana air Cola dan Pepsi lebih murah berbanding racun serangga yang dijual di pasaran. Tambahan pula, ianya terbukti berkesan.


Syarikat besar Coca-Cola dan Pepsi menafikan bahawa produk mereka boleh digunakan sebagai racun serangga perosak. Namun demikian, para petani di daerah Durg, Rajnandgaon dan Dhamtari Chhattisgard pula berpendapat sebaliknya. Mereka sudah lama mengunakan air berkarbonat tersebut dan ianya terbukti berkesan mengawal seranggan serangga ke atas padi mereka.


Mengunakan Cola dan Pepsi sebagai bahan ganti racun menjimatkan perbelanjaan sebanyak 10 kali ganda. Malahan, padi tersebut juga lebih berkualiti kerana bebas dari sebarang pengunaan bahan beracun.


Pengunaan Cola dan Pepsi ini semakin meningkat di India kerana ianya terbukti berhasil. Bukan hanya digunakan untuk padi, para petani juga mulai mengunakannya keatas tanaman lain seperti sayur-sayuran.


Bagaimana dengan kita? Ingin mencuba?