Friday 30 March 2018

BUNGA SUMAZAU, BUNGA TERMAHAL DI DUNIA HANYA ADA DI SABAH


Hai orang Sabah! Apa khabar? Tahukah anda bahawa Sabah adalah satu-satunya tempat yang mempunyai bunga termahal di dunia? Setangkai bunga bernilai 5000 USD! Jika mengikut kadar mata wang kita sekarang, bunga ini bernilai hampir 20,000 ringgit. Bunga ini adalah dari jenis bunga anggerik ataupun orkid yang dipanggil Rothschild’s slipper orchid (Paphiopedilum rothschildianum). Uniknya, bunga ini hanya terdapat di gunung Kinabalu pada altitud 500 dan 1200 meter. 


Hal yang menjadikan bunga orkid ini menarik perhatian adalah kerana bunga ini hanya mekar sekali dalam 15 tahun. Malangnya, bunga ini bersifat langka dan sangat jarang ditemui. Bunga ini sudah pun dikelaskan sebagai terancam dan dilindungi oleh kerajaan Malaysia.


Bunga ini diberi gelaran bunga Sumazau oleh penduduk tempatan kerana bentuknya yang seakan-akan bentuk tubuh manusia yang menari tarian sumazau. Selain itu, bunga ini juga dipanggil "Emas Kinabalu" kerana nilainya yang sangat tinggi.


Uniknya, negeri di bawah bayu! 

Reference:
https://www.mysabah.com/wordpress/the-most-expensive-orchid-in-the-world/
http://thehigherlearning.com/2014/07/25/why-are-people-paying-as-much-as-5000-per-stem-for-this-orchid-photo-gallery/
https://plantorchid.wordpress.com/2017/03/21/the-most-expensive-orchid-in-the-world/


Thursday 29 March 2018

8 DARIPADA 20 POKOK TERTINGGI DI DUNIA ADA DI SABAH


Hutan hujan tropika di Sabah merupakan antara yang tertua di dunia dengan usia mencecah 130 juta tahun. Sabah juga merupakan lokasi di mana adannya bunga terbesar di dunia iaitu bunga Refflesia. Tetapi tahukah anda bahawa Sabah juga merupakan pemilik 8 daripada 20 pokok tertinggi di dunia?

Pokok meranti kuning

Kesemua pokok ini berada di daerah Tawau. 7 daripadanya berada di Tawau Hills Park dan satu lagi berada di Danum Valley Lahad Datu. Selain itu, Tawau juga merupakan satu-satunya kawasan yang mempunyai gunung berapi di Malaysia. Tetapi, anda tidak perlu khuatir, kerana gunung berapi ini dikelaskan sebagai gunung berapi tidak aktif.

Gunung Maria

Uniknya negeri Sabah. Selamat datang ke negeri di bawah bayu!

Wednesday 28 March 2018

BILAKAH MASA PALING SESUAI UNTUK BERNIAGA ONLINE?



Bilakah masa paling sesuai untuk berniaga online? hari ini, esok, minggu depan ataupun bulan depan? Kata mentor saya, jawapan paling tepat adalah sekarang jika anda belum lagi menceburkan diri dalam bisnes online.

Sekarang, semua orang sudah mulai beralih ke online shopping. Setakat tahun 2017, seramai 53,285 orang yang sudah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk perniagaan online. Ini baru yang berdaftar, kalau yang tidak berdaftar rasanya berapa banyak? 


Di Malaysia, aktiviti jual beli secara online mencatatkan perkembangan yang sangat memberansangkan. Apatah lagi bagi negara-negara maju di luar sana. Sebagai contoh, di Amerika, sebanyak 96% rakyatnya membeli secara  talian. Mereka memilih untuk membeli secara online kerana menjimatkan masa dan tidak ingin bersesak-sesak sewaktu membeli belah.

Saya sendiri ada follow beberapa group usahawan di facebook untuk buat research saya sendiri. Sebenarnya, ada ramai yang ada idea untuk buat bisnes, tapi sering tangguh-tangguh dengan alasan preparation belum lengkap. Katanya belum cukup ilmu.


Sebenarnya, jika kita ingin mendapatkan pengalaman berniaga secara online, kita boleh mencuba untuk menjadi reseller, stokis ataupun agen untuk produk orang lain. Dato Seri Vida dulupun memulakan perniagaan online dengan menjual produk orang. Dengan ilmu yang cukup, akhirnya beliau menjadi antara usahawan terkaya di Malaysia.

Jika anda masih tercari-cari idea untuk berniaga online, anda boleh mencuba untuk menjadi agen atau stokis kami. Kami sangat mengalu-alukan anda.


Sunday 25 March 2018

LIMA TANGGAPAN SALAH TERHADAP LIPAS



1. Lipas takut cahaya
Setiap kali anda menyalakan lampu, lipas akan segera bersembunyi di dalam gelap. Hal ini terjadi bukan kerana mereka takut akan cahaya, tetapi kerana meraka takut kehadiran pemangsa. Lipas sering berjaga-jaga, sebab itulah lipas cenderung memilih untuk tinggal di gelap dan rekahan dinding untuk mengelak daripada serangan pemangsa.


2. Semua lipas adalah serangga perosak
Mengikut kajian, terdapat lebih 4000 jenis lipas di dunia ini. Dan hanya beberapa jenis lipas yang menjadikan penempatan manusia sebagai tempat tinggal dikelaskan sebagai serangga perosak. Malahan, ada spesis lipas yang boleh dijadikan haiwan peliharaan.


3. Lipas boleh hidup didalam letusan nuklear
Hakikatnya, lipas memang mempunyai kemampuan untuk hidup walaupun terdedah dengan radiasi setinggi 1000 hingga 10,000. Manakala manusia hanya mampu bertahan sekitar 400 hingga 1000. Namun demikian, letusan nuklear menghasilkan kehangatan sehingga berjuta-juta darjah celsius. Lipas pula hanya mampu bertahan sekitar 46 darjah celsius.


4. Lipas boleh hidup berbulan-bulan tanpa kepala
Walaupun tanpa kepala, lipas mampu terus hidup kerana lipas bernafas melalui rongga pernafasan yang ada pada angota badannya. Tetapi, hal ini tidak membolehkan lipas terus hidup sehingga berbulan lamanya. Tanpa kepala, lipas tidak mampu mendapatkan air yang diperlukan tubuhnya untuk terus berfungsi. Oleh itu, lipas hanya akan mampu hidup untuk beberapa minggu sahaja sehinggalah ianya mati akibat hidrasi.


5. Lipas hanya menghuni rumah yang kotor
Kita kerap melihat lipas berada dikawasan yang kotor seperti longkang, parit dan tempat pembuangan sampah. Sebenarnya, lipas berada di kawasan tersebut untuk mendapatkan makanan. Walaupun rumah anda bersih, adalah tidak mustahil untuk lipas hidup dan membiak di sana. Lipas hampir boleh makan segala jenis makanan. Termasuklah kayu, getah, sabun dan kotoran debu.

Jika anda melihat walau seekor pun lipas di dalam rumah anda, seeloknya anda mencari jalan penyelesaian. Lipas hidup berkoloni, ini bermakna, seekor lipas yang anda lihat berkeliaran di dapur anda hanyanya salah satu daripada koloninya.



MENEMUI AJAL KERANA MAKAN LIPAS


Edward Archbold meninggal dunia sejurus menang pertandingan memakan lipas. Kejadian tersebut terjadi di Florida Miami apabila Edward Archbold menyertai pertandingan makan lipas untuk menang hadiah seekor ular sawa.

Kematian Edward Archbold menjadi tanda tanya kerana para peserta lain turut memakan lipas tetapi tidak meninggal dunia. Malahan, beberapa negara asia menjadikan lipas sebagai makanan ringan.

Coby Schal, seorang profesor entomologi di North Carolina State University berkata, sesetengah orang mempunyai tindak balas alergi dan asma kepada lipas terutamanya terhadap lipas rumah. Menurutnya, habuk dan kotoran dari sayap lipas sering mencetuskan asma pada orang.

Schal juga menolak bahawa kematian tersebut adalah disebabkan bakteria yang dibawa oleh lipas tersebut. Katanya, bakteria yang dibawa oleh lipas tidak akan memberi kesan dengan kadar segera.

Adakah anda mempunyai alahan terhadap lipas? Jangan ambil resiko. Jangan biarkan lipas menjadikan rumah anda tempat pembiakan mereka.


Friday 23 March 2018

HUJAN KUCING DI TANAH BORNEO


Sejarah kucing yang menyelamatkan tanah Borneo. Kisah ini bermula pada akhir 1950-an ketika WHO menjalankan program yang luas untuk membasmi nyamuk di Borneo dengan menyembur kawasan kampung dengan DDT.

Malangnya, tidak lama kemudian, bumbung rumah kampung yang diperbuat daripada daun kelapa sawit mula rosak akibat dimamah oleh larva kerana serangga pemangsa kepada larva ini telah turut mati akibat semburan DDT.

Lebih malang lagi, apabila serangga yang terkena semburan DDT ini telah menjadi makanan cicak. Seterusnya, cicak ini pula menjadi makanan kepada kucing. Akhirnya, kucing juga turut mati. Apabila kucing sudah tidak ada lagi, masalah tikus mulai bertambah parah. Kawasan kampung dipenuhi oleh tikus-tikus yang berpotensi membawa ancaman penyakit serius.

Untuk menyelesaikan masalah ini, WHO dan Angkatan Udara Diraja Singapura telah membungkus kucing ke dalam bekas berlubang dan menurunkannya ke kawasan kampung dengan parasut. Dengan ini, kucing-kucing lebih mudah dan cepat dihantar di setiap kawasan kampung di Borneo. Akhirnya, masalah tikus berjaya diselesaikan.

Oleh itu kisah Operasi Cat Drop pun dilahirkan. Ia menarik perhatian dan kontroversi kerana cerita ini boleh menjadi rujukan bahawa betapa pentingnya keseimbangan ekologi untuk alam sekitar. Cerita ini terus menjadi bahan bualan kerana watak kucing menjunam ke dalam hutan Borneo dengan payung terjun untuk menyelamatkan manusia adalah sesuatu yang menarik.


rujukan: (PDF)

Tuesday 20 March 2018

GUGURNYA BADAK SUMATERA SABAH


Pasukan bola sepak Sabah terkenal dengan gelaran "sang badak" terlihat semakin hari semakin gah, tetapi lain pula halnya dengan nasib badak sumatera di Sabah. Kini, Sabah hanya memiliki dua ekor badak sumatera yang diberi nama Tam (jantan) dan Iman (betina). Jelas sekali, badak ini di ambang kepupusan. 


Tam dipercayai memiliki kandungan air mani yang lemah. Manakala Iman pula mengalami ketumbuhan yang teruk pada rahimnya. Hal ini menjadikan pembiakan menjadi perkara yang agak mustahil. 


Badak Sumatera merupakan badak terkecil dengan lingkungan berat 500 sehingga 1000 kg. Badannya mempunyai bulu dan bersumbu dua. 


Kini, harapan terakhir adalah mewujudkan embrio secara IVF. Jika berjaya, embrio boleh ditawarkan kepada indonesia untuk impantasi ke atas ibu tumpang badak betina di Sumatera.

JACK MA KEKAYAAN YANG TIDAK BERKESUDAHAN


Jika anda masih belum mengenali siapakah Jack Ma, anda mungkin belum terjaga dari tidur sejak 10 tahun yang lalu.

Jack Ma merupakan usahawan yang terkemuka dunia yang berasal dari China dan memiliki nilai kekayaan sebanyak 42 billion usd. Kekayaan Jack Ma ini akan terus bertambah setiap tahun, setiap hari, bahkan setiap saat.

Beliau merupakan pengasas dan pengurus eksekutif Alibaba Group. Tahun lalu sahaja, beliau telah turut meyempurnakan pelacaran DFTZ (Zon Perdagangan Bebas Digital) yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri kita iaitu Datuk Seri Najib Razak.


Pelancaran ini akan menjadikan Malaysia sebuah hab serantau iaitu sebahagian daripada platfrom perdagangan dunia elektronik. Kini, membeli secara talian barangan daripada korea selatan, pakistan, china dan dari negara lain menjadi lebih mudah. Ini merupakan peluang untuk anda! Anda boleh membeli barangan daripada negara luar secara pukal dan kemudiannya menjual semula di negara ini untuk mendapat profit.

Sudah ramai usahawan yang berjaya hanya dengan berniaga secara online. Jika anda biasa mengunakan facebook, instagram dan media sosial lainnya, anda sudah pun mempunyai kelebihan untuk berjaya didalam perniagaan atas talian. Dengan hanya berbekalkan sedikit ilmu marketing dan usaha, anda mungkin akan menjadi usahawan terkemuka seterusnya.

Jika anda mempunyai niat untuk berniaga secara kecil-kecilan terlebih dahulu, anda boleh menjadi stokis ataupun agen kami. Kenali dunia perniagaan terlebih dahulu sebelum anda menjadi the next billionaire. 


Kisah kejayaan Jack Ma ini sangat menarik. Saya akan kongsikan pada post seterusnya. Seperti kata seorang motivator terkenal, melihat kejayaan orang lain boleh mendorong kita untuk turut mencapai kejayaan.