Friday 23 March 2018

HUJAN KUCING DI TANAH BORNEO


Sejarah kucing yang menyelamatkan tanah Borneo. Kisah ini bermula pada akhir 1950-an ketika WHO menjalankan program yang luas untuk membasmi nyamuk di Borneo dengan menyembur kawasan kampung dengan DDT.

Malangnya, tidak lama kemudian, bumbung rumah kampung yang diperbuat daripada daun kelapa sawit mula rosak akibat dimamah oleh larva kerana serangga pemangsa kepada larva ini telah turut mati akibat semburan DDT.

Lebih malang lagi, apabila serangga yang terkena semburan DDT ini telah menjadi makanan cicak. Seterusnya, cicak ini pula menjadi makanan kepada kucing. Akhirnya, kucing juga turut mati. Apabila kucing sudah tidak ada lagi, masalah tikus mulai bertambah parah. Kawasan kampung dipenuhi oleh tikus-tikus yang berpotensi membawa ancaman penyakit serius.

Untuk menyelesaikan masalah ini, WHO dan Angkatan Udara Diraja Singapura telah membungkus kucing ke dalam bekas berlubang dan menurunkannya ke kawasan kampung dengan parasut. Dengan ini, kucing-kucing lebih mudah dan cepat dihantar di setiap kawasan kampung di Borneo. Akhirnya, masalah tikus berjaya diselesaikan.

Oleh itu kisah Operasi Cat Drop pun dilahirkan. Ia menarik perhatian dan kontroversi kerana cerita ini boleh menjadi rujukan bahawa betapa pentingnya keseimbangan ekologi untuk alam sekitar. Cerita ini terus menjadi bahan bualan kerana watak kucing menjunam ke dalam hutan Borneo dengan payung terjun untuk menyelamatkan manusia adalah sesuatu yang menarik.


rujukan: (PDF)

No comments:

Post a Comment