Friday, 3 January 2020

6 IKAN PELIHARAAN PALING MAHAL DI DUNIA

Berikut adalah ikan-ikan yang mempunyai harga pasaran yang sangat tinggi. Kerana kecantikan dan keunikan yang tersendiri harga ikan ini terlalu tinggi sehingga mampu membuat ramai tertanya-tanya.


1. Platinum Arowana - $400,000
Ikan ini sangat mahal kerana mempunyai warna platinum yang memukau dan teramat sukar untuk dibiakkan.


2. Freshwater Polka Dot Stingray - $100,000
Ikan pari air tawar termahal ini menarik perhatian kerana mempunyai keunikan yang tersendiri berbanding pari lain. Kerana perubahan genetik, pari ini mempunyai kepala benbertuk U sedangkan ikan pari biasanya berbentuk bulat.


3. Peppermint Angelfish - $30,000
Ikan ini terkenal kerana kecantikkan yang ia miliki serta sangat jarang ditemui. Satu-satu tempat ikan ini boleh dilihat secara umum hanyalah di Waikiki Aquarium, Honolulu.


4. Masked Angelfish - $20,000
Ikan ini selalunya menjadi tumpuan tetapi sangat jarang ditemukan kerana tempat asal habitat ikan ini adalah di kepulauwan Hawaii yang mana melarang keras penangkapan ikan sebagai peliharaan rumah. Menariknya, ikan ini juga terlahir dengan jantina betina tetapi akan bertukar kepada jantan ketika meningkat dewasa.



5. Bladefin Basslet - $10,000
Ikan ini hanya berukuran 1.5 inci tetapi sangat mahal kerana memiliki warna yang cantik serta sangat sukar ditangkap.Ikan ini hidup di perairan Caribbean di kedalaman sekitar 500 kaki.


6. Neptune Grouper - $6,000
Neptune Grouper mempunyai nilai yang sangat tinggi berbanding ikan kerapu yang lain kerana mempunyai warna yang sangat berbeza dan menarik. Ikan ini hidup di lautan dalam sehingga sukar untuk ditangkap. Sekalipun berjaya ditangkap, ikan ini memerlukan penjagaan yang tepat untuk terus hidup.

Thursday, 2 January 2020

TAHUN 2020 JUAL PRODUK INI. PRODUK PALING DICARI DI SABAH

Saya suka membuat kajian pasaran produk di masa lapang. Oleh itu dengan sengaja saya jumpa produk antara paling dicari di Sabah. Yang mahir atau tidak mahir bisnes online, boleh cuba jual produk ini.

Produk paling dicari di Sabah merujuk dari data Google Trends adalah produk berasaskan Protein. Bahkan, Sabah adalah negeri paling tinggi mencari produk ini di seluruh Malaysia. Nampaknya orang Sabah ni berebut-rebut mahu jadi abang sado! Apatah lagi baru awal tahun. Mungkin ada yang sudah berazam mahu tagap macam badak.


Sebelum memulakan perniagaan, anda perlu tahu pasaran. Sekarang anda sudah tahu produk Protein mendapat sambutan. Peluang pula sangat luas di Sabah memandangkan kurang saingan dan anda mampu menjual produk ini melalui online. Alah... hantar guna Grab pun boleh bosku!

Kos pula kecil alias ciput. Sebab jual online tak perlu bayar sewa kedai. Produk ni boleh dapat sangat murah bila beli borong dalam Alibaba. Pastikan beli yang original. Tengok dulu ranking atau rekod jual beli company tu sebelum beli. Apa-apa pun, wajib selidik dulu.


Bandingkan harga pasaran sekarang dengan beli borong. Biasanya, beli borong ada yang rendah sehingga 50% dari harga pasaran. Lagi banyak lagi murah.

Yang tak pakai produk ni, boleh jual tak perlu guna pun. Tahu cerita lelaki jual pakaian dalam perempuan untung puluh ribu sebulan? Bukan dia pakai pun.

Fakta menarik, rupanya bukan wanita sahaja sanggup mengeluarkan duit yang banyak untuk kelihatan cantik dan menarik. Rupanya lelaki pun sanggup. Bak kata orang, penampilan itu penting.

Sampai sini sahaja. lain kali sambung lagi.

Sebelum itu, Sesiapa yang berminat untuk membeli produk spray serangga Organic Peace atau ingin menjadi STOKIS atau AGEN SAH segeralah menghubungi saya :- Stokis & Agen adalah terhad!!!

wasap cepat2 sebelum terlambat.

HUBUNGI 0168348605 (Elizabeth)📲📞
HUBUNGI 0168348605 (Elizabeth)📲📞




Saturday, 21 December 2019

9 GAMBAR KELUARGA KETIKA HARI KRISMAS YANG LAIN DARI YANG LAIN

Gambar keluarga selalunya diambil ketika perayaan Krismas kerana hari tersebut kebanyakkan ahli keluarga dapat berkumpul bersama-sama. Berikut adalah gambar keluarga yang unik dan pelik.











13 IDEA POKOK KRISMAS, YANG CANTIK, YANG LUCU DAN YANG PELIK

Menjelang 25 disember setiap tahun, perayaan natal akan disambut secara meriah. Pohon-pohon natal menghiasi setiap rumah dan kedai. Hal ini mendorong sesetengah orang untuk menghasilkan pohon natal yang cantik, yang lucu  dan yang pelik. Berikut merupakan gambar-gambar pohon natal yang lain daripada yang lain.
















Wednesday, 11 December 2019

ALKISAH PETANI DAN ANGSA BERTELUR EMAS


Dahulu kala, ada seorang petani yang memiliki seekor angsa yang sangat cantik. Setiap hari, ketika petani tersebut mendatangi reban, angsa telah menelurkan sebiji telur emas yang berkilauan.


Petani tersebut mengambil dan membawa telur-telur emas ke pasar dan menjualnya sehingga dalam waktu yang singkat petani tersebut mulai menjadi kaya. Tetapi tidak lama kemudian keserakahan dan ketamakan petani itu terhadap angsa, kerana angsa hanya menelurkan sebiji telur emas sahaja setiap hari. Petani merasa dia tidak akan menjadi kaya dengan cepat.


Suatu hari, petani berasa telur emas yang diperolehi masih belum mencukupi. Oleh itu, petani memikirkan cara bagaimana dia  hendak mendapatkan telur emas yang banyak. Tidak lama kemudian petani  mendapat idea untuk memyembelih angsa dan membelah perut angsa tersebut kemudian mengeluarkan telur emas yang banyak didalam perut angsa tersebut. Tetapi ketika penyembelihan selesai petani  mendapati tidak ada walau sebiji telur pun. Dia menyesal kerana telah membunuh angsanya yang sangat berharga itu.


Jadikanlah cerita ini sebagai pengajaran di dalam hidup kita. Kerana tidak semua angsa bertelur emas.

Friday, 29 November 2019

NYAMUK WUJUD KERANA MANUSIA


Sejauh mana anda bencikan nyamuk? Tahukah anda bahawa manusia merupakan penyumbang utama untuk menghasilkan nyamuk. Darah manusia adalah formula yang diperlukan nyamuk betina untuk menghasilkan lebih banyak nyamuk.


Hanya nyamuk betina yang menghisap darah. Dengan darah, nyamuk mendapatkan protein untuk pertumbuhan telur.

Tuesday, 26 November 2019

ELVIS PRESLEY MENGUBAH NEGATIF MENJADI POSITIF


Peminat fanatik Elvis Presley ada dimana-mana. Beliau dianggap raja rock and roll. Sedangkan diusia mudanya, beliau pernah dianggap gagal dan tidak mungkin mampu menjadi seorang penyanyi.

Elvis gagal di dalam kelas musik. Sewaktu kecil dia tiada kebolehan bersosial. Ketika meningkat dewasa, dia bekerja sebagai pemandu lori disamping berusaha mencari nama di dalam industri musik.


Selepas persembahan nyanyian pertama Elvis Presley, pengurusnya berkata, "Anda tidak akan pergi jauh, lebih baik anda kembali menjadi pemandu lori".

Walaupun mendapat kecaman negatif, Elvis masih tidak menyerah dalam mengejar cita-citanya. Beliau berkeras mengeluarkan album pertama tetapi gagal mendapat sambutan. Sesudah itu, Elvis pun mengambil kelas vokal tetapi sekali lagi mendapat kecaman negatif. Dia dikatakan tiada bakat untuk menyanyi.


Sehinggalah suatu hari, berkat kegigihan dan usahanya, nama Elvis meningkat naik dan musiknya pun semakin disukai ramai sehinggalah dia mendapat gelaran king of rock and roll.