Friday 3 January 2020

6 IKAN PELIHARAAN PALING MAHAL DI DUNIA

Berikut adalah ikan-ikan yang mempunyai harga pasaran yang sangat tinggi. Kerana kecantikan dan keunikan yang tersendiri harga ikan ini terlalu tinggi sehingga mampu membuat ramai tertanya-tanya.


1. Platinum Arowana - $400,000
Ikan ini sangat mahal kerana mempunyai warna platinum yang memukau dan teramat sukar untuk dibiakkan.


2. Freshwater Polka Dot Stingray - $100,000
Ikan pari air tawar termahal ini menarik perhatian kerana mempunyai keunikan yang tersendiri berbanding pari lain. Kerana perubahan genetik, pari ini mempunyai kepala benbertuk U sedangkan ikan pari biasanya berbentuk bulat.


3. Peppermint Angelfish - $30,000
Ikan ini terkenal kerana kecantikkan yang ia miliki serta sangat jarang ditemui. Satu-satu tempat ikan ini boleh dilihat secara umum hanyalah di Waikiki Aquarium, Honolulu.


4. Masked Angelfish - $20,000
Ikan ini selalunya menjadi tumpuan tetapi sangat jarang ditemukan kerana tempat asal habitat ikan ini adalah di kepulauwan Hawaii yang mana melarang keras penangkapan ikan sebagai peliharaan rumah. Menariknya, ikan ini juga terlahir dengan jantina betina tetapi akan bertukar kepada jantan ketika meningkat dewasa.



5. Bladefin Basslet - $10,000
Ikan ini hanya berukuran 1.5 inci tetapi sangat mahal kerana memiliki warna yang cantik serta sangat sukar ditangkap.Ikan ini hidup di perairan Caribbean di kedalaman sekitar 500 kaki.


6. Neptune Grouper - $6,000
Neptune Grouper mempunyai nilai yang sangat tinggi berbanding ikan kerapu yang lain kerana mempunyai warna yang sangat berbeza dan menarik. Ikan ini hidup di lautan dalam sehingga sukar untuk ditangkap. Sekalipun berjaya ditangkap, ikan ini memerlukan penjagaan yang tepat untuk terus hidup.

No comments:

Post a Comment