Friday 29 November 2019

NYAMUK WUJUD KERANA MANUSIA


Sejauh mana anda bencikan nyamuk? Tahukah anda bahawa manusia merupakan penyumbang utama untuk menghasilkan nyamuk. Darah manusia adalah formula yang diperlukan nyamuk betina untuk menghasilkan lebih banyak nyamuk.


Hanya nyamuk betina yang menghisap darah. Dengan darah, nyamuk mendapatkan protein untuk pertumbuhan telur.

Tuesday 26 November 2019

ELVIS PRESLEY MENGUBAH NEGATIF MENJADI POSITIF


Peminat fanatik Elvis Presley ada dimana-mana. Beliau dianggap raja rock and roll. Sedangkan diusia mudanya, beliau pernah dianggap gagal dan tidak mungkin mampu menjadi seorang penyanyi.

Elvis gagal di dalam kelas musik. Sewaktu kecil dia tiada kebolehan bersosial. Ketika meningkat dewasa, dia bekerja sebagai pemandu lori disamping berusaha mencari nama di dalam industri musik.


Selepas persembahan nyanyian pertama Elvis Presley, pengurusnya berkata, "Anda tidak akan pergi jauh, lebih baik anda kembali menjadi pemandu lori".

Walaupun mendapat kecaman negatif, Elvis masih tidak menyerah dalam mengejar cita-citanya. Beliau berkeras mengeluarkan album pertama tetapi gagal mendapat sambutan. Sesudah itu, Elvis pun mengambil kelas vokal tetapi sekali lagi mendapat kecaman negatif. Dia dikatakan tiada bakat untuk menyanyi.


Sehinggalah suatu hari, berkat kegigihan dan usahanya, nama Elvis meningkat naik dan musiknya pun semakin disukai ramai sehinggalah dia mendapat gelaran king of rock and roll.

Wednesday 20 November 2019

MINDSET KEJAYAAN THOMAS EDISON


Thomas Alva Edison dilahirkan pada 11 februari 1847. Beliau memiliki 1,093 paten atas namanya. Hal yang banyak menjadikan beliau terkenal adalah kisah bagaimana dia berjaya menghasilkan mentol lampu.

Disebalik kejayaan ini, beliau sebenarnya pernah dianggap "sukar" oleh guru kelasnya. Kebanyakan gurunya berpendapat beliau sanggap lembab dan tidak mungkin akan berjaya. Hal ini mendorong ibunya untuk mendidik beliau di rumah sahaja.


Sewaktu diawal usia, beliau menghidap demam yang mengakibatkannya mengalami masalah pendengaran. Menurutnya, sejak umur 12 tahun, dia sudah tidak pernah mendengar kicauan burung.

Cara berfikir Thomas Edison adalah hal yang sangat berharga untuk kita pelajari. Beliau tidak pernah berputus asa walaupun mengalami kegagalan lebih 10,000 kali ketika cuba menghasilkan mentol lampu. Ketika ditanya mengenai kegagalan tersebut, beliau berkata, " Saya tidak gagal. Sebaliknya saya telah berjaya menemui 10,000 cara yang tidak betul". Kegagalan dalam mencuba bagi Thomas Edison adalah suatu pembelajaran. Setiap kegagalan membawa maksud kejayaan sudah semakin menghampiri.



Thursday 14 November 2019

RAHSIA KEBANGKITAN FEDEX DARI MUFLIS


Pada tahun 1971, Smith mengasaskan syarikat FedEx dengan 4 juta usd wang warisan dan 80 juta usd melalui pinjaman dan pelabur. FedEx bermula dengan lapan pesawat, meliputi 35 bandar raya, dan turut bercadang untuk menambah lebih banyak setiap bulan.

Tetapi dalam dua tahun pertama, disebabkan peningkatan kos bahan api, syarikat itu mengalami kerugian berjuta ringgit untuk setiap bulan sehingga di ambang muflis. Lebih buruk lagi, bantuan kewangan yang dipohon ditolak kerana pihak bank dan pelabur melihat syarikat FedEx sudah tidak mempunyai harapan lagi.


Kerana keadaan yang semakin memburuk, ada juruterbang yang sanggup mengunakan kad kredit peribadi untuk mengisi minyak pesawat. Malahan ada yang tidak mampu dibayar gaji. Apabila dana FedEx hanya sejumlah 5000 usd, Smith menyedari ia tidak akan cukup untuk menampung kos minyak pesawat untuk terus beroperasi. Beliau pun mengambil keputusan yang menjadi titik mula kebangkitan FedEx.

Dengan wang sejumlah 5000 usd, Smith nekad ke Las Vegas untuk bermain judi Blackjack. Dia memilih hal tersebut sebagai langkah terakhir untuk meneruskan hidup syarikat yang diasaskan oleh beliau. Ajaibnya, pertaruhan Smith berjaya meraih 27000 usd. Cukup untuk menampung kos pesawat untuk terus beroperasi selama seminggu.

Kemampuan FedEx untuk terus bertahan dalam krisis tersebut telah berjaya meyakinkan para pelabur. Akhirnya, Smith berjaya mendapatkan dana baru sehingga 11 juta usd.


Ketika naib presiden FedEx bertanya kepada Smith berkenaan beliau mempertaruhkan duit terakhir mereka untuk berjudi, Smith menjawab, apa bezanya jika beliau gagal untuk menang. Kerana mereka sememangnya sudah di ambang kegagalan.

Monday 4 November 2019

BUNGA BENTUK BURUNG


Bunga ini diberi nama hummingbird kerana berbentuk seakan-akan burung. Bunga ini hanya terdapat di daerah utara Australia. Lebih menarik lagi, di Australia tidak ada burung hummingbird.


Sunday 3 November 2019

TAYAR TERPAKAI PENGANTI ZINK ATAP RUMAH


Alam memerlukan 500 tahun untuk menghuraikan getah tayar secara alami. Hal ini mencetuskan kebimbangan kerana jutaan tayar dicipta dan dilupuskan setiap tahun. Alternatif baru untuk mengguna semula tayar terpakai adalah amat penting.


Euroshield adalah sebuah syarikat yang melihat masalah ini sebagai peluang. Syarikat ini telah mengumpul beribu-ribu tayar terpakai dan menjualnya semula sebagai atap getah. Dengan ketahanan tayar yang terbukti sukar untuk terhurai, syarikat ini memberi jaminan selama 50 tahun. Sebuah jaminan yang sangat meyakinkan bahawa anda tidak akan rugi.

Demikianlah bagaimana sebuah syarikat melihat masalah sebagai peluang. Jika anda memiliki tayar terpakai, berikanlah tayar tersebut "nyawa kedua". Sebagai contoh, anda boleh menghasilkan sebuah kerusi yang cool dengan tayar terpakai seperti dalam gambar di bawah ini.