Friday 11 October 2019

BAYI LEMAS BEBERAPA JAM TETAPI MASIH HIDUP. KENAPA?


Terdapat satu video yang tular bagaimana seorang kanak-kanak kecil masih boleh hidup sedangkan sudah lama lemas di dalam air tanpa denyutan nadi dan nafas. Keajaiban ini mempunyai alasan saintifik.

Manusia mati lemas akibat ketiadaan oksigen ataupun hypoxia yang memberi kesan kepada otak dan jantung. Kegagalan jantung dan otak inilah yang akan menyebabkan kematian.

Potensi untuk hidup walaupun sudah berjam lemas masih ada kerana si mangsa mungkin masih belum mati lemas. Keadaan ini dipanggil near-drowning. Jika mangsa adalah kanak-kanak, potensi untuk masih hidup adalah lebih tinggi berbanding orang dewasa kerana keadaan tubuh yang berbeza.


Ada dua faktor yang menyebabkan mangsa masih hidup walaupun sudah lama lemas. Pertama adalah diving reflex. Diving reflex adalah tindak balas semulajadi dalam tubuh manusia yang membantu mengurangkan pengunaan oksigen dengan memperlahankan jantung dan penukaran aliran darah ke bahagian-bahagian penting dalam tubuh, contohnya otak. Menariknya, tindak balas ini lebih kuat dalam tubuh kanak-kanak berbanding orang dewasa.


Seterusnya adalah suhu sejuk dan menelan air yang banyak. Hal ini boleh mengakibatkan hypothermia. Jika suhu tubuh berada paras bawah 30 darjah celsius, tisu otak akan bertambah tahan terhadap hypoxia dan mengurangkan pengunaan tenaga sebanyak 50%. Tubuh orang dewasa mempunyai sistem pengawalan suhu, oleh itu mereka lambat untuk mengalami hypothermia. Tetapi bagi kanak-kanak sistem ini masih belum cukup cekap. Tambahan pula, tubuh kanak-kanak tidak mempunyai lapisan lemak seperti orang dewasa. Oleh itu mereka lebih mudah mengalami hypothermia. Dan hal ini membantu mereka untuk tahan lebih lama di dalam air.


Kanak-kanak lemas kembali bernafas

No comments:

Post a Comment