Thursday 31 October 2019

DIET VS SENAMAN. ELEMEN UTAMA TURUN BERAT BADAN


Jika anda ingin menurunkan barat badan paling cepat, diet adalah pilihan utama. Mengikut kajian, diet memberi kesan 80% keatas penurunan berat badan, manakala senaman hanya 20%.

Ketika anda mengurangkan pengambilan kalori, lemak dan otot anda akan menyusut. Sebab itulah diet sangat penting dalam menurunkan berat badan.

Walaupun anda melakukan senaman yang berlebihan, anda tetap akan mengalami kesukaran menurunkan berat badan kerana badan anda mempunyai kalori yang banyak sehingga senaman anda tidak mampu untuk membakar lemak berlebihan.


Sebagai contoh, anda perlu membakar 3,500 kalori untuk membakar 500g lemak. Ini bersamaan belari sejauh 10km setiap hari. Jika anda mengambil lebih dari 3,500 kalori sehari, ini bermakna berat badan anda tetap akan bertambah kerana senaman anda kurang dari jumlah kalori yang dibakar.

Untuk mendapatkan hasil yang lebih pantas, diet dan senaman harus dilakukan bersama. Dengan diet sahaja, anda memang mampu menurunkan berat badan, tetapi mengambil masa lebih lama.

Friday 11 October 2019

BAYI LEMAS BEBERAPA JAM TETAPI MASIH HIDUP. KENAPA?


Terdapat satu video yang tular bagaimana seorang kanak-kanak kecil masih boleh hidup sedangkan sudah lama lemas di dalam air tanpa denyutan nadi dan nafas. Keajaiban ini mempunyai alasan saintifik.

Manusia mati lemas akibat ketiadaan oksigen ataupun hypoxia yang memberi kesan kepada otak dan jantung. Kegagalan jantung dan otak inilah yang akan menyebabkan kematian.

Potensi untuk hidup walaupun sudah berjam lemas masih ada kerana si mangsa mungkin masih belum mati lemas. Keadaan ini dipanggil near-drowning. Jika mangsa adalah kanak-kanak, potensi untuk masih hidup adalah lebih tinggi berbanding orang dewasa kerana keadaan tubuh yang berbeza.


Ada dua faktor yang menyebabkan mangsa masih hidup walaupun sudah lama lemas. Pertama adalah diving reflex. Diving reflex adalah tindak balas semulajadi dalam tubuh manusia yang membantu mengurangkan pengunaan oksigen dengan memperlahankan jantung dan penukaran aliran darah ke bahagian-bahagian penting dalam tubuh, contohnya otak. Menariknya, tindak balas ini lebih kuat dalam tubuh kanak-kanak berbanding orang dewasa.


Seterusnya adalah suhu sejuk dan menelan air yang banyak. Hal ini boleh mengakibatkan hypothermia. Jika suhu tubuh berada paras bawah 30 darjah celsius, tisu otak akan bertambah tahan terhadap hypoxia dan mengurangkan pengunaan tenaga sebanyak 50%. Tubuh orang dewasa mempunyai sistem pengawalan suhu, oleh itu mereka lambat untuk mengalami hypothermia. Tetapi bagi kanak-kanak sistem ini masih belum cukup cekap. Tambahan pula, tubuh kanak-kanak tidak mempunyai lapisan lemak seperti orang dewasa. Oleh itu mereka lebih mudah mengalami hypothermia. Dan hal ini membantu mereka untuk tahan lebih lama di dalam air.


Kanak-kanak lemas kembali bernafas