Sunday 7 May 2017

JANGKITAN CACING PITA DARI KUTU ANJING KEPADA MANUSIA



Sering kali kita mendengar, anjing adalah sahabat baik manusia. Anjing adalah haiwan yang mempunyai kecenderungan untuk setia kepada tuannya. Bagi pemilik anjing, menjaga kebersihan anjingnya adalah sangat penting. Hal yang sering terjadi adalah jangkitan kutu pada anjing. Serangga ini boleh mengigit dan menghisap darah manusia.

Kutu anjing bukan sahaja merimaskan, namun juga membahayakan kesihatan. Bahkan, kutu ini boleh menularkan cacing pita dan penyakit lain pada perumahnya. Saat mengigit manusia, kutu ini boleh menyebabkan ganguan kesihatan, mulai dari rasa gatal sehingga muncul bintik-bintik kecil berwarna merah. Pada sesetengah kes, bintik-bintik merah ini turut berlaku pendarahan.

Kutu anjing mempunyai kemampuan berkembang biak dengan cepat pada haiwan peliharaan. Meski pun tidak memiliki anjing atau kucing, kutu juga berpotensi merebak di dalam rumah jika kebersihan rumah tidak terjaga.

Sekiranya kutu anjing mengigit manusia, beberapa tanda yang muncul akan kelihatan seperti, kemunculan ruam berwarna merah yang berukuran kecil. Ruam ini biasanya disertai lingkaran merah yang mengelilingi pusat gigitan. Kawasan yang sering digigit kutu ialah pada bahagian kaki dan pergelangan kaki. Selain kawasan tersebut, pingang, ketiak, dada, paha dan lipatan siku juga umum menjadi lokasi gigitan kutu ini. Selalunya, gigitan muncul secara berkelompok sebanyak tiga atau empat dalam garis lurus.

Walaupun jarang terjadi, kutu anjing juga boleh menjadi perantara cacing pita pada manusia. Penyakit tersebut dinamakan dipilidiasis, iaitu jangkitan cacing bernama Dipylidium caninum. Seseorang menderita penyakit jika secara tidak sengaja menelan kutu anjing yang sudah terjangkit perasit cacing Dipylidium caninum.

Untuk mereka yang memelihara haiwan seperti anjing atau kucing, pastikan kebersihan dan kesihatan mereka terjaga.

No comments:

Post a Comment