Thursday, 31 October 2019

DIET VS SENAMAN. ELEMEN UTAMA TURUN BERAT BADAN


Jika anda ingin menurunkan barat badan paling cepat, diet adalah pilihan utama. Mengikut kajian, diet memberi kesan 80% keatas penurunan berat badan, manakala senaman hanya 20%.

Ketika anda mengurangkan pengambilan kalori, lemak dan otot anda akan menyusut. Sebab itulah diet sangat penting dalam menurunkan berat badan.

Walaupun anda melakukan senaman yang berlebihan, anda tetap akan mengalami kesukaran menurunkan berat badan kerana badan anda mempunyai kalori yang banyak sehingga senaman anda tidak mampu untuk membakar lemak berlebihan.


Sebagai contoh, anda perlu membakar 3,500 kalori untuk membakar 500g lemak. Ini bersamaan belari sejauh 10km setiap hari. Jika anda mengambil lebih dari 3,500 kalori sehari, ini bermakna berat badan anda tetap akan bertambah kerana senaman anda kurang dari jumlah kalori yang dibakar.

Untuk mendapatkan hasil yang lebih pantas, diet dan senaman harus dilakukan bersama. Dengan diet sahaja, anda memang mampu menurunkan berat badan, tetapi mengambil masa lebih lama.

Friday, 11 October 2019

BAYI LEMAS BEBERAPA JAM TETAPI MASIH HIDUP. KENAPA?


Terdapat satu video yang tular bagaimana seorang kanak-kanak kecil masih boleh hidup sedangkan sudah lama lemas di dalam air tanpa denyutan nadi dan nafas. Keajaiban ini mempunyai alasan saintifik.

Manusia mati lemas akibat ketiadaan oksigen ataupun hypoxia yang memberi kesan kepada otak dan jantung. Kegagalan jantung dan otak inilah yang akan menyebabkan kematian.

Potensi untuk hidup walaupun sudah berjam lemas masih ada kerana si mangsa mungkin masih belum mati lemas. Keadaan ini dipanggil near-drowning. Jika mangsa adalah kanak-kanak, potensi untuk masih hidup adalah lebih tinggi berbanding orang dewasa kerana keadaan tubuh yang berbeza.


Ada dua faktor yang menyebabkan mangsa masih hidup walaupun sudah lama lemas. Pertama adalah diving reflex. Diving reflex adalah tindak balas semulajadi dalam tubuh manusia yang membantu mengurangkan pengunaan oksigen dengan memperlahankan jantung dan penukaran aliran darah ke bahagian-bahagian penting dalam tubuh, contohnya otak. Menariknya, tindak balas ini lebih kuat dalam tubuh kanak-kanak berbanding orang dewasa.


Seterusnya adalah suhu sejuk dan menelan air yang banyak. Hal ini boleh mengakibatkan hypothermia. Jika suhu tubuh berada paras bawah 30 darjah celsius, tisu otak akan bertambah tahan terhadap hypoxia dan mengurangkan pengunaan tenaga sebanyak 50%. Tubuh orang dewasa mempunyai sistem pengawalan suhu, oleh itu mereka lambat untuk mengalami hypothermia. Tetapi bagi kanak-kanak sistem ini masih belum cukup cekap. Tambahan pula, tubuh kanak-kanak tidak mempunyai lapisan lemak seperti orang dewasa. Oleh itu mereka lebih mudah mengalami hypothermia. Dan hal ini membantu mereka untuk tahan lebih lama di dalam air.


Kanak-kanak lemas kembali bernafas

Sunday, 29 September 2019

ULAR BERKAKI DITEMUI MATI TERBAKAR DI HUTAN KALIMANTAN


Kebakaran hutan di Kalimantan telah banyak mengorbankan pelbagai jenis haiwan. Sebelum ini sempat kecoh dimana pasukan petugas kebakaran telah menemukan bangkai seekor ular yang kononnya dianggap langka.

Menurut cerita petugas, ular tersebut mempunyai kaki seakan-akan kaki ayam. Ular yang berukur sekitar 2 meter itu datang dari jenis ular tedung. Beliau juga berkata, "Biasanya warga menyebutnya ular jenger dan ular ini bisa berbunyi seperti bunyi ayam,".

Setelah video ular tersebut viral, beberapa ahli didalam bidang berkenaan ular mengatakan "kaki" ular tersebut sebenarnya adalah alat kelamin ular. Kerana terbakar, alat kelamin ular tersebut terkeluar.

Berikut adalah rakaman video ular berkaki tersebut.




Wednesday, 18 September 2019

PUTIH BERSERI DALAM SEHARI, HADIRIN GAGAL KENAL PENGANTIN

Majlis perkahwinan adalah sesuatu yang sangat penting bagi kaum perempuan. Si pengantin kebiasaannya akan cuba tampil secantik dan seanggun mungkin untuk terlihat lebih menawan berbanding wanita lainnya.

Beginilah juga halnya yang dilakukan oleh wanita yang sempat menjadi viral ini. Untuk menjadi paling cantik di majlis perkahwiannya, dia nekad untuk mengunakan foundation di seluruh tubuhnya agar tampil lebih putih. Dan hasilnya sangat luarbiasa!

Berikut adalah gambar-gambar yang sedang trending di media sosial. Tidak sia-siakan Sangat berbeza dari sebelumnya.






Tuesday, 17 September 2019

SEMPAT DIRAKAM DETIK-DETIK CEMAS PERMAINAN AYUNAN EKSTREM JATUH!!


Banyak taman tema yang menyediakan permainan ekstrem untuk dicuba oleh para pengungjung. Contohnya, roller coaster, pendulum ride, kamikaze, Frisbee, drop tower dan sebagainya. Jika tidak mempunyai ketahan mental, adalah tidak digalakkan untuk mencuba.


Ramai yang berani mencuba permainan ini kerana yakin akan keselamatan. Tetapi kejadian yang satu ini akan membuat anda berfikir dua kali ketika ingin mencuba suatu hari nanti. Di Uzbekistan kejadian malang telah berlaku di sebuah taman tema di sana. Malang tidak berbau, salah satu permainan ekstrem yang mereka tawarkan telah mengalami masalah teknikal sehingga menyebabkan berlaku kemalangan yang tidak diingini.

Berikut adalah video dari kejadian tersebut yang sempat dirakam oleh salah seorang pengunjung:


Monday, 16 September 2019

3 KESALAHAN KERAP DILAKUKAN PENIAGA BARU

Mengurus perniagaan adalah sesuatu yang memerlukan kemahiran. Hakikatnya, syarikat yang berpengalaman juga berkemungkinan untuk melakukan kesilapan di dalam perniagaan. Apatah lagi jika anda adalah usahawan yang baru hendak berkecimpung didalam bidang perniagaan. Walau bagaimanapun, kemungkinan untuk melakukan kesilapan ini dapat dihindari jika kita mengetahuinya terlebih dahulu.

Berikut adalah 3 kesilapan yang kerap peniaga baru lakukan:


1. TIDAK MERANCANG
Usahawan yang baru selalunya melakukan kesilapan ini kerana keterujaan untuk menceburkan diri di dalam bidang perniagaan. Mempunyai modal yang cukup sahaja tidak cukup untuk menjanjikan kejayaan di dalam perniagaan. Perkara pertama yang harus dilakukan adalah MERANCANG. Dengan adanya perancangan, perjalanan perniagaan itu nanti akan lebih teratur kerana mempunyai hala tuju yang jelas dan terancang.

2. TIDAK MELAKUKAN KAJIAN PASARAN
Kegagalan untuk melihat pasaran terlebih dahulu akan menjadi beban di kemudian hari. Apa yang kita kehendaki belum tentu dikehendaki orang lain. Oleh itu, ketahui pasaran terlebih dahulu sebelum anda menanggung kerugian kerana kesukaran untuk menjual dan mengatasi pesaing yang lain.


3. TIDAK MENITIK BERATKAN PERAKAUNAN
Dalam perniagaan, perakaunan adalah sangat penting. Setiap sen atau ringgit adalah nilai yang harus diambil kira. Duit keluar dan masuk perlu diurus dengan baik. Kegagalan untuk melihat nisbah keuntungan dan kerugian dalam setiap transaksi akan membawa padah. Lihatlah bagaimana pemenang loteri jutaan ringgit boleh kembali menjadi miskin hanya kerana tidak mengurus kewangan dengan baik.

Sunday, 15 September 2019

INTERNET MEMBUNUH OFFLINE MARKETING



Zaman sudah berubah. Orang ramai mula beralih kepada online marketing. Sudah terbukti online marketing lebih efisen berbanding offline marketing. Kos yang lebih murah dan dapat mencapai sasaran pelanggan lebih banyak.

Orang ramai lebih memilih untuk berjam-jam menghadap komputer, tablet, handphone dan televisyen berbanding berjam-jam berjalan di shopping mall.

Statistik juga menunjukkan penguna internet di malaysia bertambah setiap tahun dan tidak menunjukkan sebarang kemungkinan untuk menurun. Jika anda adalah seorang usahawan atau peniaga, melabur lebih di dalam online marketing adalah pilihan yang bijak.