Monday, 24 April 2017

WASPADA NYAMUK PEMBUNUH


Jangan pernah memandang rendah ke atas nyamuk kerana beberapa jenis nyamuk mampu membawa penyakit berbahaya seperti chikungunya, penyakit kuning, malaria, deman berdarah dan sebagainya.

Berikut merupakan beberapa penyakit merbahaya yang disebabkan gigitan nyamuk:

MALARIA
Malaria adalah suatu jangkitan darah yang menyebabkan demam panas tinggi dan kedinginan. ini disebabkan parasit yang disebarkan pada manusia oleh sejenis nyamuk melalui gigitan. Jutaan kes kematian dilaporkan kerana penyakit malaria ini sehingga menyebabkan kerajaan kita memandang serius masalah ini.

CHIKUNGUNYA
Penyakit deman virus jenis ini sembuh dengan sendirinya ditandai dengan arthralgia atau arthritis, terutamanya di pergelangan tangan, lutut, pergelangan kaki dan sendi-sendi lain untuk beberapa hari sehingga berbulan-bulan. Pesakit akan berasa lelah, penat dan berasa tidak berdaya pada bahagian sendi.

DEMAM SAKIT KUNING
Sakit kuning menyebabkan panas dingin, sakit otot terutama pada punggung, kehilangan nafsu makan, mual dan muntah-muntah. Nyamuk jenis ini kebiasaanya memiliki bintik-bintik putih pada pungung dan kakinya.

PENYAKIT KAKI GAJAH
Filiariasis (penyakit kaki gajah) adalah penyakit yang disebabkan oleh cacing yang disalurkan melalui gigitan nyamuk. Cacing jenis Wuchereria bancrofti yang paling sering ditemukan di negara tropika seperti indonesia.

Utamakan kesihatan keluarga anda, jangan biarkan nyamuk boleh membiak di kawasan kejiranan anda. Pastikan rumah dan persekitaran rumah anda bebas dari nyamuk. Anda boleh mencuba produk kami, Pembasmi serangga ORGANIC PEACE, tiada racun, lebih selamat, tiada bau, tiada warna dan sangat berkesan. Produk kami mampu bertahan selama 3 hingga 4 hari sekali semburan.


Sunday, 23 April 2017

KENALI PAM PAM SI KUCING KECIL DENGAN MATA HETEROCHORMA



Pam pam merupakan seekor kucing yang mengalami Heterochroma iridium iaitu kelainan pada iris mata. Meskipun mempunyai mata yang pelik, pam pam terlihat sangat comel.




SI PUTIH PEMUSNAH TANAMAN!



KENALI KOYA-KOYA (MEALYBUGS) 
Koya-koya kelihatan seperti putih kapas dan sering kali disalah erti sebagai penyakit. Kebiasanya koya-koya ditemui di bahagian bawah daun dan tunas daun.

Bahagian putih tersebut merupakan sistem perlindungan kepada koya-koya daripada semburan racun serangga. Hal ini menyebabkan kesukaran untuk mengatasi masalah koya-koya.



PEMBASMI SERANGGA ORGANIC PEACE
Menghapuskan koya-koya merupakan kelebihan Organic peace. Organic peace yang berasakan bahan organik mampu menembusi sistem pertahan koya-koya tanpa memberi kesan ke atas tanaman.

Thursday, 20 April 2017

TIPS KEDIAMAN BEBAS TANPA LIPAS


7 CARA RUMAH BEBAS LIPAS
Sudah terang lagi bersuluh, lipas merupakan salah satu serangga yang memudaratkan. Lipas boleh membawa pelbagai jenis panyakit dan jangkitan kuman. Lalu, bagaimana cara kita untuk menangani masalah lipas ni? Di sini saya akan kongsikan 7 cara menangani masalah lipas ini dengan berkesan.

1. Kebersihan
Pastikan rumah anda bersih dari sebarang kotoran. Bersihkan rumah sekurang-kurangnya, seminggu sekali. Rumah yang bersih adalah musuh lipas.

2. Dapur
Sebelum tidur, pastikan dapur dalam keadaan bersih. terutama bahagian singki dan kawasan memasak. Jika tidak menemui sebarang makanan, lipas ini akan berpindah ke kawasan lain.

3. Bakul sampah
Bersihkan tong sampah dari sebarang sisa makanan yang boleh menjadi makanan lipas. Ikat bakul sampah dengan ketat agar lipas gagal mengesan makanan. Sisa makanan merupakan makanan utama lipas.

4. Makanan
Simpan makanan di dalam bekas. Makanan yang didatangi lipas akan penuh dengan bakteria dan kuman. Peti sejuk juga perlu kerap dibersihkan.

5. Kertas
Kertas juga menjadi makanan lipas. Contohnya, majalah, surat khabar, kertas, bekas telur ayam dan sebagainya. Kertas-kertas yang bertindih berpotensi menjadi tembah pembiakan lipas-lipas ini.

6. Lubang lipas
Tutup semua tempat yang berkemungkinan menjadi tempat pembiakan lipas. Contohnya rekahan dinding. Pastikan semua rekahan di tutup untuk mengelak daripada menjadi tempat persembunyian lipas.

7. Racun serangga
Racun serangga mampu membunuh lipas. Pastikan kesemua kawasan yang menjadi kediaman lipas ini diracun. Adalah lebih elok jika mengunakan pembasmi serangga jenis organik yang tidak mempunyai bahan kimia demi keselamatan. Contohnya pembasmi serangga Organic Peace. Mesra alam dan selamat untuk seisi keluarga.

Hidup bebas tanpa lipas!


BAGAI AUR DAN TEBING, BAGAI LIPAS DAN MANUSIA


6 BAHAYA LIPAS

Pernahkah kamu melihat lipas berkeliaran di ruangan dapur? Jangan pandang remeh. Lipas adalah serangga yang membaya penyakit dan memudaratkan.

Menurut kajian, lipas telah pun wujud sejak 70 juta tahun yang lalu. Tambahan lagi, lipas ini juga dipercayai mampu hidup dalam letupan nuklear. Meskipun tanpa kepala, lipas mampu hidup selama seminggu.

Manusia dan lipas boleh diungkapkan bagai aur dengan tebing. Bayangkan, sejak mulanya perabadan manusia, lipas suda menjadi pendamping tidur. Bermula daripada gua sehinggalah terciptanya bangunan pencakar langit, kita masih tinggal sebumbung bersama lipas. Malahan, kadang kala secara tidak langsung kita berkongsi makanan dengan mereka.

Lipas tidak mendatangkan penyakit, tetapi mereka ini lah yang membawa penyakit. Seekor lipas mampu membawa berjuta-juta bakteria dan virus yang mana boleh membawa kepada penyakit cirit-birit dan keracunan makanan.

1. Pencemaran makanan.
Lipas hidup dengan memakan hampir kesemua jenis benda. Selain daripada sisa makanan manusia, lipas juga makan tumbuh-tumbuhan yang suda mati, haiwan, sabun, kertas, papan, rambut yang gugur dan sebagainya. Ketika malam hari, mereka berkeliaran dan mencemari makanan yang tidak terjaga. mereka melepaskan cecair, bulu, kulit mati dan telur pada makanan tersebut.

2. Jangkitan bakteria.
Ketika makan, lipas melepaskan air liur dan cecair daripada mulutnya yang terhasil daripada makanan sebelumnya. Cecair ini mengandungi kuman dan boleh menyebabkan jangkitan pada sistem penghadaman manusia dan sepsis (keracunan darah) yang boleh mendatangkan kematian.

3. Gigitan lipas.
Sesetengah jenis lipas boleh mengigit dan mendatangkan kecederaan. Gigitan lipas ini agak bahaya dan di khuatiri mendatangkan jangkitan.

4. Masuk kedalam angota badan
Kes seperti ini sudah pernah terjadi. Lipas-lipas kecil kadang kala berkeliaran sehingga memasuki lubang telinga dan hidung manusia. Saat tidur nyenyak, kita tidak akan sedar kehadiran lipas yang mungkin sahaja sudah bersedia untuk masuk ke dalam mulut kita.

5. Alahan kulit
Air liur lipas boleh menyebabkan alahan. Cecair ini mengandungi berbagai jenis penyebab alahan. Alahan tersebut termasuk lah mata berair, kulit membengkak dan bersin.

6. Asma
Lipas boleh menjadi musuh utama untuk mereka yang menghidap penyakit asma. Kemungkinan serangan asma terjadi meningkat sekiranya rumah dihuni oleh lipas. Hal ini boleh terjadi kerana, penghidap penyakit asma yang mungkin tersedut agen penyebab alahan yang dibawa oleh lipas.

Mengetahui bahaya lipas memudahkan kita untuk membendungnya daripada terjadi. Pastikan rumah anda bebas dari lipas. Semoga info ini bermanfaat.

Wednesday, 19 April 2017

KENALI SI DRACULA KECIL



KENALI SI DRACULA KECIL

Pepijat ataupun kutu tilam merupakan salah satu serangga yang sukar ditangani. Pepijat ni mampu hidup selama setahun tanpa makanan. Makanan pepijat ialah darah. Tahap pembiakan pula adalah sangat pantas kerana seekor pepijat betina mampu bertelor sehingga 3 atau 5 biji sehari.

Gigitan pepijat boleh menyebabkan kesan gatal pada bahagian gigitan. Bergantung pada tahap immunasi tubuh, gigitan pepijat boleh mendatangkan bekas gigitan yang sukar diubati. Pada mulanya, kesan gigitan berwarna kemerah-merahan sehingga la berubah menjadi gelap dan sukar untuk diubati.

Pepijat hanya menyerang ketika ia merasakan mangsa sudah tidur. Pergerakan pepijat ini agak laju sehingga sukar untuk dikesan. Sedikit pergerakan akan menyebabkan pepijat ini segera bersembunyi. Badan pepijat adalah tersangat nipis sehingga membolehkannya bersembunyi di kawasan-kawasan sempit dan sukar di lihat.

CARA MENANGGANI

Untuk menangani masalah pepijat ini, kita boleh bermula dengan membersihkan tempat tidur kita terlebih dahulu. Segala barang-barang kecil haruslah diasingkan untuk mengelak daripada dijadikan tempat persembunyian pepijat.

Kebiasaannya pepijat ini bersembunyi tidak jauh dari tempat tidur. Tempat utama pepijat ialah tilam dan katil. Bersihkan tilam dan katil secara terperinci untuk mengelak terlepas pandang pepijat ini dan kawasan-kawasan yang sukar dicapai boleh disembur mengunakan racun pembasmi pepijat.

Terdapat juga petua yang mana anda boleh mencuba mengunakan daun serai. Sapukan sahaja pada tilam dan katil sehingga pepijat lari dan mati.

Sunday, 5 February 2017

5 TIPS HALAU ANAI-ANAI


1. Garam Dapur

Kasi taburkan saja garam di sarang anai-anai, tetapi cara ini dikatakan nda berapa efektif dan kurang berkesan kerana garam hanya berada permukaan saja. Cuma garam tu...murah & senang dapatkan...pigi ja dapur...

2. Air Kapur sirih

Ouch! Sifat panas dari kapur memang  tidak disukai anai-anai kerana kulit anai2 tipis dan lembut. Oleh itu, air kapur sirih ini sangat-sangat efektif untuk membasmi sayap anai2. Caranya sangat mudah, siramkan air kapur sirih p sarang atau kayu2.
3. Air Cucian Beras

Cuci beras tu. Pastukan...air basuhan pertama tu, kasi siram di sarang anai2...siram dikeliling2 kawasan anai2....

4. Minyak Tanah


Minyak tanah sekarang ini mcm jarang2 suda kita jumpa sbb x suda guna lampu pelita.. sembur2 ja guna minyak ni..kasi tambah serai sikit....na...memang berkesan ni...

5. ORGANIC PEACE

Paling senang & confirm anai-anai x  mau stay di ruma kamu lg! Kamu kasi sembur2 seja pakai ni AMAZING SPRAY! Harga murah & berbaloi. Bye2 anai2.

Sila share jika info ni bermanfaat ya. Sebab sharing is caring...lagi ramai tau lagi bagus . TQ! Tq!