Wednesday 19 April 2017

KENALI SI DRACULA KECIL



KENALI SI DRACULA KECIL

Pepijat ataupun kutu tilam merupakan salah satu serangga yang sukar ditangani. Pepijat ni mampu hidup selama setahun tanpa makanan. Makanan pepijat ialah darah. Tahap pembiakan pula adalah sangat pantas kerana seekor pepijat betina mampu bertelor sehingga 3 atau 5 biji sehari.

Gigitan pepijat boleh menyebabkan kesan gatal pada bahagian gigitan. Bergantung pada tahap immunasi tubuh, gigitan pepijat boleh mendatangkan bekas gigitan yang sukar diubati. Pada mulanya, kesan gigitan berwarna kemerah-merahan sehingga la berubah menjadi gelap dan sukar untuk diubati.

Pepijat hanya menyerang ketika ia merasakan mangsa sudah tidur. Pergerakan pepijat ini agak laju sehingga sukar untuk dikesan. Sedikit pergerakan akan menyebabkan pepijat ini segera bersembunyi. Badan pepijat adalah tersangat nipis sehingga membolehkannya bersembunyi di kawasan-kawasan sempit dan sukar di lihat.

CARA MENANGGANI

Untuk menangani masalah pepijat ini, kita boleh bermula dengan membersihkan tempat tidur kita terlebih dahulu. Segala barang-barang kecil haruslah diasingkan untuk mengelak daripada dijadikan tempat persembunyian pepijat.

Kebiasaannya pepijat ini bersembunyi tidak jauh dari tempat tidur. Tempat utama pepijat ialah tilam dan katil. Bersihkan tilam dan katil secara terperinci untuk mengelak terlepas pandang pepijat ini dan kawasan-kawasan yang sukar dicapai boleh disembur mengunakan racun pembasmi pepijat.

Terdapat juga petua yang mana anda boleh mencuba mengunakan daun serai. Sapukan sahaja pada tilam dan katil sehingga pepijat lari dan mati.

No comments:

Post a Comment