Friday 3 April 2020

KISAH DI SEBALIK USAHAWAN MAYONIS YANG MENJADIKAN ERA KEGAWATAN EKONOMI SEBAGAI ERA KEBERUNTUNGAN


Kemelesetan ekonomi tidak semestinya mendatangkan kerugian. Malahan, ada yang berjaya merubah bencana ini menjadi berkat. Hal inilah yang berlaku kepada pengasas mayonis Hellman. Penjual mayonis yang sangat digemari ramai pada tahun 1990 di Amerika.

Malangnya, pada tahun 1930, negara Amerika mengalami kejatuhan ekonomi yang sangat teruk. Rakyat hilang kuasa membeli sehingga hanya mampu berbelanja ala kadar. Keadaan ini amat merugikan kepada Richard Hellman kerana mayonis buatan beliau dijual dengan harga yang tinggi kerana diperbuat daripada bahan-bahan yang mahal.

Di dalam keadaan yang mendesak, Hellman perlu mencari kaedah baru untuk terus mampu bertahan dalam pasaran demi mempertahankan perniagaan beliau. Jawapannya adalah dengan menjual mayonis dengan harga yang lebih murah.


Ketika mencuba menghasilkan mayonis mengunakan bahan-bahan baru yang murah, Hellman telah berjaya menghasilkan mayonis yang lebih lembut serta berkrim. Hal ini membolehkan beliau menjual produk baru tersebut dengan harga yang jauh lebih murah dan lebih menyelerakan. Mayonis tersebut beliau namakan sebagai Miracle Whip. Seperti namanya, mayonis tersebut mencipta keajaiban kerana dengan mudah berjaya mencuri hati para pembeli baru meskipun di era kegawatan ekonomi.