Saturday 21 December 2019

9 GAMBAR KELUARGA KETIKA HARI KRISMAS YANG LAIN DARI YANG LAIN

Gambar keluarga selalunya diambil ketika perayaan Krismas kerana hari tersebut kebanyakkan ahli keluarga dapat berkumpul bersama-sama. Berikut adalah gambar keluarga yang unik dan pelik.











13 IDEA POKOK KRISMAS, YANG CANTIK, YANG LUCU DAN YANG PELIK

Menjelang 25 disember setiap tahun, perayaan natal akan disambut secara meriah. Pohon-pohon natal menghiasi setiap rumah dan kedai. Hal ini mendorong sesetengah orang untuk menghasilkan pohon natal yang cantik, yang lucu  dan yang pelik. Berikut merupakan gambar-gambar pohon natal yang lain daripada yang lain.
















Wednesday 11 December 2019

ALKISAH PETANI DAN ANGSA BERTELUR EMAS


Dahulu kala, ada seorang petani yang memiliki seekor angsa yang sangat cantik. Setiap hari, ketika petani tersebut mendatangi reban, angsa telah menelurkan sebiji telur emas yang berkilauan.


Petani tersebut mengambil dan membawa telur-telur emas ke pasar dan menjualnya sehingga dalam waktu yang singkat petani tersebut mulai menjadi kaya. Tetapi tidak lama kemudian keserakahan dan ketamakan petani itu terhadap angsa, kerana angsa hanya menelurkan sebiji telur emas sahaja setiap hari. Petani merasa dia tidak akan menjadi kaya dengan cepat.


Suatu hari, petani berasa telur emas yang diperolehi masih belum mencukupi. Oleh itu, petani memikirkan cara bagaimana dia  hendak mendapatkan telur emas yang banyak. Tidak lama kemudian petani  mendapat idea untuk memyembelih angsa dan membelah perut angsa tersebut kemudian mengeluarkan telur emas yang banyak didalam perut angsa tersebut. Tetapi ketika penyembelihan selesai petani  mendapati tidak ada walau sebiji telur pun. Dia menyesal kerana telah membunuh angsanya yang sangat berharga itu.


Jadikanlah cerita ini sebagai pengajaran di dalam hidup kita. Kerana tidak semua angsa bertelur emas.