Monday 18 September 2017

MANUSIA ADALAH TANDAS BAGI LALAT


Pernahkah anda terfikir mengapa lalat sering hinggap di badan manusia? Hakikatnya, tubuh badan manusia umpama pengeluar makanan kegemarannya. Tubuh badan kita mengeluarkan peluh, minyak, garam dan kulit mati yang menjadi makanan lalat. Lalat tidak mempunyai gigi untuk mengigit kita, tetapi lalat mengunakan muncung mulutnya untuk menyedut makanannya.


Satu hal lagi, lalat menjadikan kita tempat persingahannya kerana lalat inginkan tempat yang hangat untuk membuang najis. Harus ingat, lalat membuang najis setiap beberapa minit. Adakah lalat melihat kita seperti tandas?

Friday 15 September 2017

HAIWAN TERPANTAS DUNIA BUKAN CHEETAH?


Anda pasti akan terkejut apabila haiwan terpantas di dunia adalah seekor semut dan bukannya cheetah! Kelajuan semut ini adalah 2300 kali ganda lebih laju daripada kerdipan mata. Bayangkan kelajuan semut ini.


Tahukah anda semut yang dipanggil Trap-jaw adalah haiwan terpantas di dunia? Kelajuan semut ini sangat sukar dilihat oleh mata kasar, bah kan penemuan ini hanya diketahui setelah terciptanya kamera berkelajuan tinggi untuk merakam pergerakan tersebut.


Uniknya, semut ini sebenarnya bergerak sangat laju hasil daripada daya yang terhasil daripada ketipan rahangnya. Ketika megetip rahangnya, semut ini akan tertolak kebelakang dengan sangat laju sekali.

Thursday 14 September 2017

SETITIS AIR SEEKOR LIPAS


Kita sudah maklum dengan kemampuan lipas untuk makan hampir segala jenis makanan. Tapi tahukah anda lipas boleh menahan nafas selama 40 minit? Hakikatnya, lipas memang sering mengawal pernafasan mereka untuk mengawal kadar pengunaan air di dalam badan mereka.


Kebergantungan lipas kepada air menyebabkan mereka sering membiak di kawasan yang mempunyai punca air. Jangan terkejut apabila lipas sudah lama menjadikan bawah sinki air rumah anda tempat pembiakan mereka.

Wednesday 13 September 2017

SEMUT BERKEPALA PINTU


Pernah dengar semut berkepala pintu? Semut dari spesis Cephalotes ini mempunyai kepala yang lepar sehingga seringkali dipangil semut kura-kura. Semut ini merupakan semut askar yang bertanggungjawab untuk menjaga koloni mereka.


Kepala semut yang unik ini berguna untuk menghalang penceroboh masuk ke dalam sarang mereka. Bagi semut pekerja yang hendak melalui pintu tertutup tersebut, mereka hanya perlu menyentuh kepala semut tentera tadi untuk diberikan laluan masuk.


Semut ini juga mempunya keistimewaan yang lain iaitu keupayanya mereka untuk berjalan mundur ataupun mengelosor.

Tuesday 12 September 2017

KUATNYA SEEKOR SEMUT


Semut mampu mengangkat 50 kali ganda berat badan mereka dengan mengunakan gigit mereka. Semut mengunakan badan mereka yang kecil sebagai kelebihan mereka.


Jika diukur mengikut perkadaran saiz mereka, otot mereka adalah lebih tebal berbanding manusia dan haiwan-haiwan yang lebih besar. Nisbah ini membolehkan mereka menghasilkan lebih banyak daya untuk mengangkat objek yang lebih besar. Jika kita mempunyai otot dalam perkadaran semut, kita boleh mengangkat sebiji kereta di kepala kita.