Wednesday 30 August 2017

DARAH DIGANTI DENGAN AIR LIUR NYAMUK


Nyamuk betina memerlukan darah manusia untuk menghasilkan telur untuk terus membiak. Sebelum memulakan proses menyedut darah, nyamuk akan memasukan air liurnya yang mengandungi anti-cair untuk membolehkan darah kekal cair dan mudah untuk disedut. Hal inilah yang menyebabkan kesan bintik merah pada gifitan nyamuk.



MANUSIA ADALAH PENGHASIL UTAMA NYAMUK



Sejauh mana anda bencikan nyamuk? Tahukah anda bahawa manusia merupakan penyumbang utama untuk menghasilkan nyamuk. Darah anda adalah formula yang nyamuk perlukan untuk menghasilkan lebih banyak nyamuk.


Hanya nyamuk betina yang menghisap darah. Dengan darah, nyamuk mendapatkan protein untuk pertumbuhan telur.

100 TRILLION DRACULA KECIL


Hakikatnya, nyamuk adalah lebih banyak berbanding manusia. Perkara ini sudah semestinya tidak asing lagi bagi kita. Di luar sana, sebanyak 100 trillion nyamuk kecil penghisap darah ini dari 3,450 spesis sudah bersedia untuk menyerang anda.


Bayangkan 100 trilion nyamuk dikumpulkan bersama, sebuah stadium bola sepak akan penuh dengan nyamuk sehingga 3 batu tinggi. Tidak hairanlah jumlah kematian manusia kerana nyamuk adalah lebih tinggi berbanding haiwan lain.

NYAMUK PEMBUNUH PALING MEMATIKAN DI DUNIA


Angka kematian manusia kerana nyamuk adalah lebih tinggi berbanding hidupan lain. Jumlah kematian kerana nyamuk adalah setinggi 1 juta manusia setiap tahun. Bayangkan, serangga yang sekecil ini mampu mempunuh manusia yang jauh lebih besar daripada mereka.


Nyamuk membawa beberapa jenis penyakit yang membawa maut, termasuklah malaria dan demam denggi. Nyamuk juga membawa cacing yang yang boleh memyebabkan kematian pada anjing. Pada manusia pula, cacing filariasis yang dibawa naymuk boleh menyebabkan penyakit kaki gajah yang sangat kritikal.

30 HARI KUTU


Mudahnya bunuh kutu kepala. Tanpa perumah selama 1-2 hari, kutu ini akan mati kerana kekurangan makanan. Tahukah anda kitar hidup kutu hanya selama 30 hari bermula dari telur sehingga la menjadi kutu dewasa.


Pengunaan sabun khas adalah perlu untuk menghapuskan kutu ini kerena mereka mempunyai imunasi terhadap sabun biasa dan kalis air. Pengunaan semburan organik juga sangat sesuai kerana tidak mempunyai racun atau bahan kimia berbahaya.

Sunday 27 August 2017

MANUSIA YANG MENJADI MAKANAN KUTU



Darah manusia merupakan satu-satunya makanan kepada kutu kepala. Kutu jenis ini hanya menjadikan manusia sebagai perumahnya. Kutu kepala hidup dengan menjadikan darah manusia sebagai makanan utamanya. Jika kutu ini tidak mendapat makanan selama satu hingga dua hari, kutu tersebut akan mati.



Thursday 24 August 2017

RAHSIA MATA LALAT



Mata seekor lalat terdiri daripada 4000 lensa. Mata lalat mampu melihat polarisasi dan spektrum warna yang tidak dapat dilihat oleh manusia. Walaupun lalat mampu melihat kawasan yang lebih luas berbanding manusia, lalat tidak mempunyai kebolehan untuk memfokus seperti mata manusia yang mana retina mata manusia boleh berubah-ubah memgikut keadaan. Hal ini menyebabkan lalat sukar untuk melihat cahaya yang berkilau.


Lalat adalah serangga yang mempunyai tindak balas yang paling cepat kerana kebolehan mereka untuk memproses maklumat 5 kali ganda lebih laju dari manusia. Tambahan pula, lalat mampu melihat pada jarak yang lebih luas dan jauh.  Kebolehan ini, membolehkan mereka untuk mengelak daripada serangan pemangsa.

Wednesday 23 August 2017

KENAPA LALAT HILANG PADA WAKTU MALAM


Pernah tertanya-tanya kenapa lalat hilang pada waktu malam? Waktu siang, lalat sangat aktif dan peka dengan keadaan sekeliling. Tetapi, pada waktu malam pula, lalat menjadi sangat perlahan.

Kebiasaannya, lalat pada waktu malam akan bersembunyi di bawah dedaun pokok untuk mengelak daripada pemangsa mereka. Lalat pada malam hari tidak dapat bergerak aktif kerana lalat bergantung kepada suhu persekitaran untuk terus aktif. Metabolisma dalam badan lalat bergantung kepada suhu daripada cahaya matahari untuk aktif. Hal ini mendorong lalat untuk berehat pada malam hari dan hanya kembali aktif pada waktu siang.

Lalat rumah adalah serangga jenis philoterik. Mereka tidak mampu menghasilkan haba untuk tubuhnya sendiri. Oleh itu, lalat bersembunyi pada waktu malam untuk berehat.

MUNTAH LALAT

Muntah lalat boleh merubah pepejal kepada cecair

Lalat rumah, lazimnya menjadi masalah kepada manusia. Lalat ini membawa pelbagai jenis penyakit yang berbahaya dan membawa maut. Lalat rumah membuang najis setiap kali, sekitar 3 hingga 5 minit setiap hari. Lalat boleh membuang najis dimana-mana sahaja, bila-bila masa, termasuklah ketika mereka hingap di badan anda! Walaupun perkara ini tidaklah sering terjadi setiap kali mereka hingap pada manusia, tetapi hal ini boleh saja terjadi.

Lalat merasakan makanan mengunakan kaki, apabila kamu melihat lalat mengosok-gosok kakinya, itu bermakna ia sedang membersihkan kakinya kerana hendak mencuba makanan tersebut. Mungkin saja lalat akan muntah pada badan anda jika ia merasakan anda sedap untuk dimakan. Walau bagaimanapun, muntah lalat tidak dapat mencairkan kulit manusia tetapi, hal tersebut boleh mendatangkan risiko dijangkiti penyakit berbahaya.

Monday 14 August 2017

TERPERANGKAP RATUSAN JUTA TAHUN

Lipas sudah ada sejak ratusan tahun dahulu lagi. Berikut merupakan gambar-gambar fosil lipas yang terperangkap di dalam ambar dari resin pokok.








LIPAS PELAHAP



Lipas rumah adalah serangga jenis omnivor yang akan makan perbagai jenis makanan, termasuk bahan kosmetik, susu, tanaman, sabun, gam, kertas dan sebagainya.


Kemampuan mereka untuk makan pelbagai jenis makanan ini membolehkan mereka lebih mudah untuk membiak di pelbagai tempat. Rumah yang bersih daripada sebarang kotoran sekalipun boleh menjadi tempak pembiakan mereka.


Kebolehan lain lipas adalah kemampuan mereka untuk berkembang biak berlipat kali ganda dalam masa yang singkat. Hal ini menyebabkan mereka sangat sukar dibendung jika dibiarkan berlarutan.

BAU LIPAS MENYENGAT DALAM RUMAH


Kawasan yang menjadi tempat pembiakan lipas kebiasaannya berbau hamis. Bau ini adalah disebabkan cecair kimia yang keluar daripada angota badan lipas yang di panggil "aggregation pheromone".


Sebenarnya, lipas mengunakan cecair ini untuk berkomunikasi dengan lipas yang lain. Lipas adalah sejenis serangga yang hidup berkumpulan. Dengan adanya bau ini, mereka dapat menjejaki antara satu sama lain.

Jika rumah anda berbau hamis, kemungkinan rumah anda sudah menjadi tempat pembiakan mereka. Ambil langkah segera sebelum mereka semakin sukar dibendung.

LIPAS PADA SIANG HARI?


Setiap seekor lipas yang anda temukan pasti akan ada lipas lainnya yang berada berhampiran. Kebiasanya, lipas ini akan keluar pada waktu malam kerana nalurinya untuk mengelak daripada sebarang pemangsa yang ada pada waktu siang.


Jika anda pernah melihat lipas pada siang hari di rumah anda, itu adalah petanda bahawa rumah anda sudah menjadi tempat pembiakan lipas. Lipas kebiasaannya akan keluar pada siang hari kerana tempat persembunyiannya suda sesak dan penuh dengan lipas-lipas lain.

Pernah melihat lipas berkeliaran  di rumah anda pada siang hari? Jangan lengahkan masa. Ambil langkah awal untuk mengatasi masalah tersebut daripada semakin parah.

SINGKATNYA HIDUP LALAT


Purata kitar hidup lalat rumah biasanya tidak lebih sebulan. Lalat ini akan melalui beberapa proses sebelum menjadi lalat dewasa. Awalnya, lalat bermula dari telur, larva dan seterusnya pupa dan akhir sekali menjadi lalat. Proses ini biasanya mengambil masa selama 10 hari sahaja.

Walaupun mempunyai kitar hidup yang singkat, lalat mampu membiak dengan cepat sekali. Telur lalat hanya perlu 12 hingga 24 jam untuk menetas.

Thursday 10 August 2017

RUMAH BERSIH BEBAS LIPAS?


Benarkah lipas hanya menyerang rumah yang kotor dan bersepah? Hakikatnya, lipas boleh membiak di dalam rumah yang bersih, bergantung kepada sumber air dan makanan di dalam rumah tersebut. Rumah bersih tidak menjamin rumah anda bebas dari infestasi lipas tetapi, rumah yang kotor meningkatkan potensi untuk menjadi tempat pembiakan lipas.


Adalah amat penting untuk memastikan rumah kita sentiasa bersih. Pastikan juga tiada rekahan pada siling atau dinding rumah yang boleh menjadi tempat lipas-lipas ini membiak.