Agustina Dorman yang berasal dari Kota Teluk Bintan, Kepulauan Riau terkenal dengan keunikan yang ia miliki. Menurut Agustina, setelah melahirkan anak pertamannya ketika dia berusia 25 tahun, wajahnya mulai ditumbuhi misai tipis dan janggut.
Pernah juga Agustina cuba mencukur janggutnya, tetapi setelah itu dia akan jatuh sakit. Kerana tidak mampu menahan sakit yang perlu ditanggung, Agustina akur untuk menyimpan janggutnya.
Menurut doktor, kejadian ini bergantung kepada genetik dan ganguan hormon. Sebenarnya Agustina bukanlah perempuan pertama yang berjanggut, tetapi di kawasan tempat ia tinggal, keunikan tersebut menjadikan dia sebagai buah mulut orang.
No comments:
Post a Comment