Kayla Montgomery merupakan antara perlari jarak jauh terpantas di Carolina Utara Amerika Syarikat. Kayla merupakan antara pemegang rekod disana. Sewaktu masih kecil, dia mengalami kecederaan ketika bermain bola sepak. Sejak itu, dia kehilangan deria rasa pada kakinya.
Menurut Kayla, jika dia berlari sejauh satu batu, dia akan kehilangan deria rasa pada kakinya. Kakinya tidak akan berasa penat ataupun sakit. Kadang kala, jurulatihnya perlu menunggu di garisan penamat untuk menghentikan Kayla daripada terus belari akibat hilang kawalan keatas kakinya sendiri.
Bagi doktor, kelebihan yang ada pada Kayla ini boleh menjadi masalah kerana Kayla tidak boleh merasakan jika kakinya mengalami kecederaan. Kemungkinan juga, Kayla akan menyebabkan otot kakinya rosak teruk kerana berlari melebihi kemampuan.
Setakat ini Kayla pernah mencatat rekod larian 5 kilometer dalam masa 17 minit 15 saat.
No comments:
Post a Comment