1. Lipas takut cahaya
Setiap kali anda menyalakan lampu, lipas akan segera bersembunyi di dalam gelap. Hal ini terjadi bukan kerana mereka takut akan cahaya, tetapi kerana meraka takut kehadiran pemangsa. Lipas sering berjaga-jaga, sebab itulah lipas cenderung memilih untuk tinggal di gelap dan rekahan dinding untuk mengelak daripada serangan pemangsa.
2. Semua lipas adalah serangga perosak
Mengikut kajian, terdapat lebih 4000 jenis lipas di dunia ini. Dan hanya beberapa jenis lipas yang menjadikan penempatan manusia sebagai tempat tinggal dikelaskan sebagai serangga perosak. Malahan, ada spesis lipas yang boleh dijadikan haiwan peliharaan.
3. Lipas boleh hidup didalam letusan nuklear
Hakikatnya, lipas memang mempunyai kemampuan untuk hidup walaupun terdedah dengan radiasi setinggi 1000 hingga 10,000. Manakala manusia hanya mampu bertahan sekitar 400 hingga 1000. Namun demikian, letusan nuklear menghasilkan kehangatan sehingga berjuta-juta darjah celsius. Lipas pula hanya mampu bertahan sekitar 46 darjah celsius.
4. Lipas boleh hidup berbulan-bulan tanpa kepala
Walaupun tanpa kepala, lipas mampu terus hidup kerana lipas bernafas melalui rongga pernafasan yang ada pada angota badannya. Tetapi, hal ini tidak membolehkan lipas terus hidup sehingga berbulan lamanya. Tanpa kepala, lipas tidak mampu mendapatkan air yang diperlukan tubuhnya untuk terus berfungsi. Oleh itu, lipas hanya akan mampu hidup untuk beberapa minggu sahaja sehinggalah ianya mati akibat hidrasi.
5. Lipas hanya menghuni rumah yang kotor
Kita kerap melihat lipas berada dikawasan yang kotor seperti longkang, parit dan tempat pembuangan sampah. Sebenarnya, lipas berada di kawasan tersebut untuk mendapatkan makanan. Walaupun rumah anda bersih, adalah tidak mustahil untuk lipas hidup dan membiak di sana. Lipas hampir boleh makan segala jenis makanan. Termasuklah kayu, getah, sabun dan kotoran debu.
Jika anda melihat walau seekor pun lipas di dalam rumah anda, seeloknya anda mencari jalan penyelesaian. Lipas hidup berkoloni, ini bermakna, seekor lipas yang anda lihat berkeliaran di dapur anda hanyanya salah satu daripada koloninya.
No comments:
Post a Comment