Bilakah masa paling sesuai untuk berniaga online? hari ini, esok, minggu depan ataupun bulan depan? Kata mentor saya, jawapan paling tepat adalah sekarang jika anda belum lagi menceburkan diri dalam bisnes online.
Sekarang, semua orang sudah mulai beralih ke online shopping. Setakat tahun 2017, seramai 53,285 orang yang sudah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk perniagaan online. Ini baru yang berdaftar, kalau yang tidak berdaftar rasanya berapa banyak?
Di Malaysia, aktiviti jual beli secara online mencatatkan perkembangan yang sangat memberansangkan. Apatah lagi bagi negara-negara maju di luar sana. Sebagai contoh, di Amerika, sebanyak 96% rakyatnya membeli secara talian. Mereka memilih untuk membeli secara online kerana menjimatkan masa dan tidak ingin bersesak-sesak sewaktu membeli belah.
Saya sendiri ada follow beberapa group usahawan di facebook untuk buat research saya sendiri. Sebenarnya, ada ramai yang ada idea untuk buat bisnes, tapi sering tangguh-tangguh dengan alasan preparation belum lengkap. Katanya belum cukup ilmu.
Sebenarnya, jika kita ingin mendapatkan pengalaman berniaga secara online, kita boleh mencuba untuk menjadi reseller, stokis ataupun agen untuk produk orang lain. Dato Seri Vida dulupun memulakan perniagaan online dengan menjual produk orang. Dengan ilmu yang cukup, akhirnya beliau menjadi antara usahawan terkaya di Malaysia.
Jika anda masih tercari-cari idea untuk berniaga online, anda boleh mencuba untuk menjadi agen atau stokis kami. Kami sangat mengalu-alukan anda.
No comments:
Post a Comment