Thomas Alva Edison dilahirkan pada 11 februari 1847. Beliau memiliki 1,093 paten atas namanya. Hal yang banyak menjadikan beliau terkenal adalah kisah bagaimana dia berjaya menghasilkan mentol lampu.
Disebalik kejayaan ini, beliau sebenarnya pernah dianggap "sukar" oleh guru kelasnya. Kebanyakan gurunya berpendapat beliau sanggap lembab dan tidak mungkin akan berjaya. Hal ini mendorong ibunya untuk mendidik beliau di rumah sahaja.
Sewaktu diawal usia, beliau menghidap demam yang mengakibatkannya mengalami masalah pendengaran. Menurutnya, sejak umur 12 tahun, dia sudah tidak pernah mendengar kicauan burung.
Cara berfikir Thomas Edison adalah hal yang sangat berharga untuk kita pelajari. Beliau tidak pernah berputus asa walaupun mengalami kegagalan lebih 10,000 kali ketika cuba menghasilkan mentol lampu. Ketika ditanya mengenai kegagalan tersebut, beliau berkata, " Saya tidak gagal. Sebaliknya saya telah berjaya menemui 10,000 cara yang tidak betul". Kegagalan dalam mencuba bagi Thomas Edison adalah suatu pembelajaran. Setiap kegagalan membawa maksud kejayaan sudah semakin menghampiri.
No comments:
Post a Comment