Anak sudah masuk zaman persekolahan tetapi masih kencing malam? Tilam basah dan cadar perlu diganti setiap hari. Anda tidak sendirian dalam masalah ini. Mengikut statistik, 15 peratus anak berumur lebih dari 5 tahun masih kencing malam. Kebiasaannya, kanak-kanak yang kencing malam selalunya kanak-kanak lelaki.
Melihat kepada masalah ini, Dr Janjua doktor pakar kanak-kanak (neurologi) berkongsi petua yang boleh dilakukan oleh ibubapa untuk membantu mengatasi masalah kencing malam anak-anak mereka. Berikut merupakan kaedah yang boleh diaplikasikan.
1. Agihkan masa untuk minum
Tingkatkan pengambilan air pada sebelah pagi, dan kurangkan pada sebelah malam.
2. Jadual kencing
Atur masa anak anda untuk kencing selang dua atau tiga jam dan sejurus sebelum tidur.
3. Berikan galakkan
Dorong anak anda dengan memberi ganjaran setiap kali dia tidak kencing malam. Perasaan gembira anak anda akan secara tidak langsung mempengaruhi minda tidak sedar anak anda untuk mengawal diri agar tidak kencing malam.
4. Jangan minum air yang memberi kerengsaan pada pundi kencing
Jauhkan minuman berkefein, milo, cokelat, jus limau, perasa tiruan, pemanis dan pewarna.
5. Jangan biarkan anak dahaga teruk
Pastikan anak anda menghabiskan sebotol air diwaktu pagi semasa sekolah agar dia tidak merasa haus diwaktu petang.
Semoga petua ini dapat membantu anak anda berhenti kencing malam dan menikmati tidur yang lena.
No comments:
Post a Comment