Tan Huajiang terpaksa bergelut dengan seekor beruang sebelum terjun ke dalam gaung untuk menyelamatkan diri. Kejadian berlaku ketika dia sedang dalam perjalanan pulang setelah mengutip cendawan.
Menurut Tan, beruang tersebut tiba-tiba muncul dan menyerang. Tan terpaksa bertarung hidup dengan beruang tersebut selama sepuluh minit sebelum mengambil keputusan untuk terjun ke dalam gaung.
Betuahnya, beruang tersebut berhenti mengejar Tan setelah Tan mlompat ke dalam gaung yang sedalam 16 kaki. Tan berkata, dia sanggup mengambil risiko untuk terjun ke dalam gaung kerana beruang tersebut benar-benar ingin membunuhnya.
Tan akhirnya selamat setelah dia meminta bantuan daripada penduduk kampung berhampiran. Menurut doktor, Tan menerima lebih 100 jahitan yang mengambil masa 2 jam untuk siap dioperasi.
No comments:
Post a Comment