Kimberley Vlaminck menyesal setelah mencacah tatu separuh daripada wajahnya. Ketika itu, beliau baru berusia 18 tahun. Awalnya, beliau sempat menipu keluarga dan pihak media berkenaan keleraan beliau untuk ditatu.
Kononnya, beliau hanya meminta untuk ditatu sebanyak 3 tompok bintang sahaja di bahagian telinga. Malangnya, dia tertidur dan artis pencacah tatu tersebut telah bertindak mencacah sebanyak 56 tombok bintang.
Setelah cerita tersebut menjadi tular, Kimberley menukar semula pengakuannya dan mengaku bahawa dia sememangnya sedar ketika ditatu dan meminta wajahnya ditatu sedemikian.
Setelah menyesal mentatu wajahnya, beliau akhirnya mengambil keutusan untuk menjalani perawatan laser yang menyakitkan sebanyak 9 kali dalam masa 3 tahun. Kos rawatan tersebut dianggar menelan belanja sehingga 50 ribu ringgit.
Di Indonesia, untuk umat muslim disana, terdapat satu usaha untuk membantu mereka yang ingin membuang tatu ini secara percuma, dengan syarat mereka mampu menghafal 50 ayat Alquran. Program ini diberi nama Tattoo Hijrah Removal dan mendapat sambutan yang mengalakkan.
No comments:
Post a Comment