NASA
Menurut para penyelidik di National Aeronautics and Space Administration (NASA), gen lalat buah sepadan sebanyak 77 peratus dengan penyakit genetik manusia (penyakit yang diwarisi melalui genetik). Gangguan genetik adalah perubahan mutasi di dalam DNA manusia yang boleh diwarisi melalui ibu bapa.
Lalat mempunyai jangka hayat yang singkat. Lalat hanya mengambil masa seminggu untuk bertukar dari telur sehingga menjadi lalat dewasa. Hal ini memudahkan para penyelidik untuk mengkaji mutasi genetik dalam masa yang lebih singkat berbanding masa yang diambil untuk mengkaji serangga dan haiwan lain. Oleh itu, lalat buah kerap digunakan di dalam kajian makmal perubatan.
No comments:
Post a Comment