Thursday, 20 December 2018

NENEK TUA BAYAR BILL HOSPITAL BERTARIKH 1972



Hutang wajib dibayar. Di Guizhou China, seorang wanita tua berumur 70 tahun telah datang ke hospital untuk membayar bill perubatan yang sudah sekian lama tidak berbayar. Lebih mengejutkan, bill tersebut sudah berusia hampir 50 tahun.


Menurut beliau, bill tersebut diberikan kepadanya pada tahun 1972 lagi. Ketika itu, anaknya mengalami sakit perut. Setelah dikeluarkan dari hospital, pihak hospital telah menghantar bill perubatan kepadanya yang berjumlah 66 Yuan (RM40). Tetapi kerana kesempitan wang dia tidak mampu membayar bill tersebut. Lagipula, doktor yang merawat anaknya memberi kelonggaran untuk dia membayar bill tersebut jika sudah mampu untuk berbuat demikian.


Tidak pernah berniat untuk lari dari hutang, beliau menyimpan bill tersebut dengan kemas sehinggalah dia mampu untuk membayar bill tersebut. Ketika membayar bill tersebut, beliau juga membayar lebih 300 Yuan (RM180). Katanya, duit lebihan itu bolehlah diberikan kepada mereka yang benar-benar memerlukannya.



Wednesday, 19 December 2018

[VIDEO] PENCURI SERAH DIRI KERANA DIJAMPI SEKARUNG JAGUNG MELEKAT DI KEPALA

Kejadian ini berlaku di negara Tanzanian. Seorang pencuri berumur 23 tahun yang bernama Frank Japhet telah mengejutkan pihak polis kerana datang  ke balai lalu mengaku telah mencuri sekarung jagung. Lebih pelik lagi, karung jagung yang seberat 20kg ini tersangkut di belakang leher beliau.


Merasa simpati dengan pencuri tersebut, pihak polis telah mencuba pelbagai cara untuk menanggalkan karung tersebut tetapi semuanya berakhir dengan kegagalan.


Menurut pemilik jagung itu, beliau telah meminta bantuan seorang dukun untuk berbuat demikian kerana sakit hati setelah jagung yang ia sudah lerai akhirnya dicuri. Sekarang, beliau mahu pencuri tersebut membayar duit kepada dukun yang sama untuk menghilangkan jampi tersebut.



Pada zaman sekarang, saya yakin mesti ramai yang tidak percaya akan kewujudan ilmu ghaib. Di tambah lagi dukun atau bomoh yang mengaku mempunyai kuasa mistik tetapi akhirnya helah mereka terdedah. Saya sendiri pernah mendengar cerita dari orang tua-tua bahawa suatu masa dahulu, guru silat mereka sememangnya boleh terbang dan berdiri di atas daun pisang.

Sehingga sekarang, jika kamu masuk ke kawasan pedalaman yang terpencil, kamu masih boleh melihat pokok rambutan diikat dengan kain warna merah. Kononnya, jika anda cuba mencuri buah rambutan tersebut, anda akan melekat dan tidak mampu untuk bergerak dari pokok tersebut.

Saturday, 15 December 2018

TEKNIK MEMYAPU PALING BERGAYA

Saban tahun, kemajuan teknologi semakin meningkat. Semua ini bertujuan untuk memudahkan kehidupan kita sehari-hari. Ini termasuklah di kawasan pedalaman dan kampung.


Seperti video yang menjadi viral ini, seorang wanita pertengahan umur sedang menaiki hoverboard sambil manyapu halaman rumah. Ternyata kawasan kampung juga sudah melalui zaman teknologi.


Jika anda bosan menyapu sambil berjalan kaki, anda bolehlah meniru gaya wanita tersebut. Menyapu dengan penuh gaya. Ingat moto dunhill? Gaya mutu keunggulan. hehe

Friday, 14 December 2018

PENCURI LAPTOP HANTAR PESANAN MINTA MAAF, BAIK ATAU JAHAT?

Bolehkah anda menjadi orang yang baik dan jahat dalam masa yang sama?


Sekelumit simpati

Kejadian ini pernah terjadi dengan kawan saya. Rumah sewa mereka dimasuki pencuri ketika malam. Handphone, laptop dan dompet mereka habis kena kebas. Dalam keadaan panik, mereka menyedari ada plastik hitam di depan pintu rumah mereka. Pada mulanya mereka merasakan plastik tersebut bahan-bahan pukau kerena mereka langsung tidak menyedari rumah mereka dimasuki pencuri sedangkan ada yang tidur di ruang tamu berdekatan pintu hadapan.


Kerana rasa ingin tahu yang tinggi, mereka memberanikan diri untuk membuka plastik tersebut. Setelah dibuka, rupa-rupanya isi plastik tersebut berisi kad pengenalan, kad bank dan sim card telefon mereka. Walaupun merasa sangat sedih kerana kehilangan handphone, duit dan laptop, sekurang-kurangnya pencuri itu mengembalikan kad pengenalan, kad bank dan simcard telefon.

Penyesalan seorang pencuri

Kisah di negara luar. Jarang terjadi ataupun ini mungkin adalah pertama kalinya, seorang pencuri laptop telah menghantar pesanan meminta maaf melalui email kepada mangsanya. Pencuri ini juga menawarkan untuk menghantar semua dokumen penting yang ada di dalam laptop tersebut. Menurut pencuri itu juga, dia sengaja tidak mengambil dompet dan handphone si mangsa kerana tidak ingin memberi beban lebih.


Pencuri itu menawarkan untuk menghantar dokumen penting kerana si mangsa adalah seorang pelajar. Kemungkinan terdapat kerja dan dokumen penting di dalam laptop tersebut.

Wednesday, 12 December 2018

MENJADI KAYA SETELAH MEMBINA HOTEL BENTUK ANJING

  

Di Malaysia, kebiasaannya kita melihat homestay yang hampir sama sahaja. Kadang-kala rumah kontena, rumah atas pokok, rumah kayu atau bambu menjadi pilihan. Pilihan-pilihan itu sudah menjadi biasa sehingga menjadi kurang menarik.


Manakala di AS pula, dua orang arkitek iaitu Dennis dan Francess melihat peluang daripada kekurangan pilihan tersebut. Kebetulan gemarkan anjing, mereka berdua pun membina sebuah tempat penginapan yang berbentuk anjing jenis Beagle.


Kerana melihat keunikkan hotel tersebut, setiap hari hotel tersebut akan dikunjungi pengunjung. Hotel tersebut berjaya menarik ramai pelancong dari seluruh dunia. Jika anda berminat untuk menginap di sana, anda haruslah membuat tempahan awal kerana permintaan yang sangat tinggi.

Bagaimana pendapat anda? Tidakkah anda berminat membina rumah dengan konsep yang sama? Anda mungkin boleh membina tempat penginapan berbentuk durian.  Keunikan tersebut pasti akan mudah mendapat perhatian dari orang ramai dan senang untuk viral.


Jika anda rasa tidak berkemampuan untuk menarik pelancong dari luar negara kerana masih kurang  faham dalam selok-belok perniagaan rumah penginapan, itu tidak akan menjadi masalah kerana anda boleh target pelancong di dalam negara  kita sahaja.

Sebagai contoh homestay rumah atas pokok di sini Sabah berjaya menarik ramai pengunjung dari seluruh negara. Sedangkan rumah tersebut sebenarnya tidak berada di atas pokok. 

Monday, 10 December 2018

[VIDEO] HEBOH ULAR BERTAPA SELAMA 4 TAHUN DI KALIMANTAN INDONESIA


Sekali lagi kejadian pelik terjadi di Kalimantan Indonesia. Kali ini penduduk kampung mendakwa seekor ular tedung tidak bergerak selama 4 tahun kerana sedang bertapa. 


Kerana merasa hairan, ramai yang datang melihat sendiri kejadian aneh tersebut. Kawasan itupun akhirnya dipagar untuk langkah berjaga-jaga. Sehingga kini, masih ramai orang yang berkunjung untuk melihat dan merakam ular tersebut. Seperti tidak terganggu dengan kehadiran orang ramai, ular itu terus sahaja melingkar dengan tenang. 


Susudah cerita tersebut tular, seorang pawang ular yang terkenal di Indonesia tampil mengulas kejadian tersebut. Panji yang biasanya terkenal dengan kemampuan beliau melakukan aksi-aksi luar biasa dengan ular mengatakan beliau tidak percaya dengan dakwaan ular tersebut sudah bertapa selama 4 tahun. Menurut beliau, seekor ular biasanya hanya mampu bertahan hidup tanpa makanan selama 3 bulan sahaja. Jika 4 tahun tanpa bergerak mencari makan, ular tersebut sudah tentu akan mati.


Menurut panji juga, ular tersebut tidak bergerak sementara ini kerana ada dua kemungkinan sahaja. Pertama, ular tersebut adalah ular betina dan sedang menunggu telur. Dan yang kedua pula ialah, ular tersebut ular jantan dan sedang nyaman di kawasan yang ia telah takluki.

Bagaimana munurut kamu? Bolehkah seekor ular bertapa? 

Friday, 7 December 2018

TEMPAT TERAKHIR ORANG ASLI YANG TIDAK MENGENAL DUNIA LUAR

 

Terletak di pantai India, Pulau Sentinel Utara terletak di Teluk Bengal. Penduduk asli di sini jauh dari tamadun dan enggan membuat hubungan dengan masyarakat luar. Pulau ini merupakan salah satu tempat terakhir yang tidak bertamadun di bumi.


Penduduk asli di situ akan menyerang atau membunuh sesiapa sahaja yang cuba mendekati pulau tersebut. Kawasan ini sangat berbahaya untuk orang luar sehingga kerajaan India mengisytiharkan zon larangan sejauh tiga batu dari pulau itu untuk mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.


Pada tahun 2004, kerajaan India menghantar helikopter untuk meninjau keadaan pulau tersebut. Ternyata kehadiran helikopter tidak disambut mesra orang asli di sana. Helikopter terpaksa berpatah balik setelah diserang dengan batu dan panah.


Kerajaan India menganggarkan penduduk asli pulau itu berjumlah diantara 50 hingga 400 orang saja. Mereka sudah hidup di dalam pengasingan dari dunia luar selama lebih 60 000 tahun.




Sunday, 2 December 2018

DI CHINA PENGUNA IPHONE ADALAH ORANG MISKIN YANG TIDAK KELIHATAN


iPhone sememangnya terkenal dengan harga mahal yang mencecah ribuan ringgit. Di negara kita juga menganggap penguna iPhone adalah meraka yang berada. Tetapi, di China pula adalah sebaliknya. Sebuah kajian di sana mendapati penguna iPhone di China kebanyakannya adalah daripada golongan orang berpendapatan rendah dan rendah tahap pendidikan.

Menurut kajian itu juga, penguna iPhone kebanyakannya mempunyai gaji di bawah 3,000 Yuan (RM1,800) sebulan. Mereka berumur di antara 18 hingga 34 tahun dan tidak berkahwin.


Manakala, bagi penguna handphone jenama Huawei pula, mereka mempunyai tangga gaji sekitar 3,000 hingga 12,000 ringgit sebulan. Mereka kebiasaanya mempunyai perniagaan sendiri dan sudah berkahwin. Berumur di antara 24 hingga 34 tahun dan mempunyai Diploma ataupun Ijazah.

Menurut kajian tersebut, kemungkinan mereka yang berpendapatan rendah memilih untuk membeli iPhone kerana handphone tersebut terbukti lebih tahan lama dan berkualiti berbanding Huawei. Dengan membeli iPhone, mereka mampu mengunakannya untuk jangka masa yang lama berbanding jenama Huawei yang mempunyai kualiti ketahanan dibawah iPhone.


Walaupun ramai yang menolak kajian tersebut, di China kes menjual ginjal untuk membeli sebuah handphone jenama iPhone sememangnya terjadi di sana.

Sunday, 25 November 2018

SEORANG IBU MENJAWAB LEBIH BANYAK SOALAN BERBANDING SEORANG PERDANA MENTERI


Mengikut sebuah kajian yang dijalankan di UK, seorang ibu biasanya diajukan sebanyak 300 soalan sehari oleh seorang anak. Semakin meningkat usia, kanak-kanak akan lebih kurang menyoal tetapi soalan mereka semakin sukar dijawab. 82 peratus ibu mengaku bahawa mereka kadang kala tidak mampu menjawab soalan sukar tersebut.

Kajian tersebut juga merumuskan bahawa kanak-kanak perempuan yang berumur 4 tahun merupakan golongan yang paling banyak bertanya. Kebiasaannya, mereka akan bertanya sebanyak 390 soalan sehari iaitu 90 soalan lebih banyak berbanding kanak-kanak lelaki.


Jika pada usia 4 tahun kanak-kanak biasanya bertanya 300 soalan sehari, bagi yang berumur 9 pula, mereka bertanya sekitar 144 soalan sehari. Dari jam 7.19 pagi waktu sarapan sehinggalah  jam 7.59  malam, seorang ibu akan disoal setiap 2 minit 36 saat. Untuk setahun pula, secara puratanya si ibu akan diajukan sebanyak 105,120 soalan.

82 peratus kanak-kanak yang berumur 2 tahun kebawah akan menyoal si ibu berdanding si ayah. Manakala, sebanyak 24 peratus kanak-kanak yang berumur 7 tahun keatas mengaku mereka lebih memilih menyoal ibu kerana ayah mereka hanya menyuruh mereka bertanya kembali kepada si ibu.


Bayangkan seorang anak sahaja mengajukan 300 soalan sehari, bagaimana pula si ibu yang mempunyai lebih dari seorang anak? Jika kamu mempunyai adik beradik yang ramai, kamu seharusnya hormat ibu kamu yang mampu bertahan menahan karenah kamu selama ini. Hehehe





Sunday, 18 November 2018

PENJUAL ONLINE TIPU PEMBELI DENGAN MENJUAL GAMBAR IKLAN SAHAJA BUKAN BARANG ASLI


Viral di Indonesia, seorang peniaga online di dalam website Tokopedia telah menipu pembeli dengan hanya menjual gambar iklan produk sahaja. 

Menurut pembeli yang telah tertipu tersebut, dia hanya menerima gambar produk yang ingin ia beli iaitu hardisk komputer. Tampil membela diri, si penjual berkata dia sememangnya hanya menjual gambar iklan tersebut bukannya hardisk. Dia juga mengatakan ada menulis keterangan "hanya gambar sahaja". Tetapi bagi para pemerhati lain, penjual tersebut telah menipu kerana meletakkan ayat iklan berbunyi “jual Hardisk External WD 1 TB”. 


Penjual tersebut juga didapati cuba mengelirukan pembeli kerana meletakkan harga gambar hardisk senilai dengan harga hardisk asli. Dia menjual gambar hardisk tersebut dengan harga 450,000 rupiah (RM130) iaitu hanya sedikit murah dengan harga hardisk asli.

Kejadian ini turut mendapat perhatian dari pihak berwajib Indonesia dan akan berjanji mengambil tindakan keatas penjual tersebut kerana ada unsur-unsur penipu.

Saturday, 17 November 2018

KEPINGAN JAGUNG BERBENTUK NEGERI ILLINOIS DIBELI DENGAN HARGA 1,350 USD


Sepasang adik beradik, Melissa dan Emily yang tinggal di Virginia berjaya menjual corn flake (kepingan jagung) yang berbentuk negeri Illinois dengan harga 1,350 USD di dalam bidaan website E-Bay.


Pembeli kepingan jagung tersebut adalah pemilik website Trivia. Dia berkata ingin menjadikan kepingan jagung tersebut di dalam muzium pelancongan.


Pada mulanya, Melissa dan Emily juga tidak pernah terfikir bahawa kepingan jagung tersebut akan dibeli dengan harga yang sangat tinggi. Mereka berdua merancang untuk mengunakan duit tersebut untuk percutian.

CERAI SUAMI SEBAB MENANG LOTERI. MAKAMAH DENDA BAGI SEMUA DUIT KEMENANGAN 1.3 JUTA $


Setelah memenangi loteri bernilai 1.3 juta USD, Denise Rossi mengambil keputusan untuk menceraikan suaminya. Dia juga turut merahsiakan kemenangan tersebut kerana tidak ingin berkongsi duit loteri berkenaan.

Menurut bekas suaminya Thomas Rossi, sepanjang perkahwinan mereka selama 25 tahun, mereka tidak pernah mengalami masalah rumah tangga. Bahkan, sebelum diceraikan, mereka berdua masih berkongsi satu berus gigi kerana hubungan mereka yang erat.

Kerana merasa sangsi dengan tindakan Denise yang menuntut cerai, Thomas berusaha mencari sebab sebenar. Rupa-rupanya, 11 hari sebelum dia diceraikan, Denise telah memenangi loteri bernilai jutaan ringgit. Berang dengan tindakan Denise, Thomas pun membawa isu tersebut di makamah.

Setelah mendengar penjelasan Thomas, makamah mengambil keputusan bahawa Denise bersalah melanggar undang-undang penceraian dan cubaan melakukan penipuan. Makamah memutuskan semua duit kemenangan Denise diberikan sepenuhnya kepada Thomas bekas suaminya.

Menurut peguamnya, jika Denise memberitahu lebih awal berkenaan kemenangan tersebut, dia boleh mengisytihar duit kemenangan tersebut sebagai harta berasingan. Tetapi kerana dia telah cuba menipu, makamah menolak alasan tersebut.

Wednesday, 14 November 2018

KERETA TERBAKAR KERANA MENYELAMATKAN ORANG. TOYATA GANTI KERETA BARU


Kerana cuba menyelamatkan orang yang terperangkap di dalam kebakaran, Allyn Pierce nekad untuk merempuh api yang sedang marak. Aksi berani beliau berjaya menyelamatkan beberapa orang, tetapi malangnya kereta Toyota yang beliau gunakan terbakar di bahagian sisi dan depan.


Setelah kejadian itu, Allyn berkongsi gambar kereta tersebut di dalam instagram. Sejurus itu, gambar tersebut mendapat puluhan ribu likes dan komen sehingga menarik perhatian syarikat besar Toyota. Turut terharu dan kagum dengan keberanian yang Allyn tunjukkan, pihak Toyota pun berbesar hati untuk menggantikan Toyota yang terbakar tersebut dengan yang baru sebagai tanda penghargaan.


Menurut Allyn, dia juga sempat menghantar pesan selamat tinggal kepada keluarganya sebelum merempuh ke dalam kebakaran tersebut. Bertuahnya, dia berjaya keluar dari kebakaran tersebut bersama beberapa orang yang mampu beliau selamatkan.

JEPUN DAN BUDAYA BUNUH DIRI



Di sebalik agungnya negara Jepun di dalam bidang ekonomi dan pembangun, terdapat satu cela yang masih gagal mereka atasi. Masyarakat Jepun sememangnya dikagumi dan disanjung tinggi kerana budaya kerja keras mereka. Dari sebuah negara yang musnah teruk ketika perang dunia kedua, Jepun bangkit menjadi sebuah negara maju yang terkenal di seluruh dunia.


Hari ini, perdana menteri kita mengulang semula dasar pandang ke timur yang pernah beliau lancarkan pada tahun 1982. Dasar ini adalah dasar ekonomi yang mana turut menjadikan budaya kerja Jepun sebagai contoh etika bekerja.

Hakikatnya, budaya ini ada baik dan buruknya. Bagi masyarakat Jepun, tidak bekerja dianggap seperti tabu ataupun suatu perkara yang sangat teruk dan tidak boleh diterima. Kerana persepsi inilah masyarakat Jepun memilih untuk membunuh diri jika gagal mendapat kerja ataupun menghadapi tekanan di tempat kerja.


Jepun sememangnya terkenal dengan budaya membunuh diri. Pada zaman samurai, seorang samurai yang gagal dalam menjalankan tugas atau kalah dalam perang akan melakukan Seppuku iaitu ritual membunuh diri dengan membelah perut mengunakan samurai. Ketika perang dunia kedua pula, Jepun melancarkan serangan Kamikaze iaitu serangai bunuh diri mengunakan kapal perang. Begitu juga ketika perang pasifik, Jepun melakukan serangan Banzai iaitu meluru ke depan untuk menyerang tanpa mempedulikan serangan dari pihak lawan.

Pada tahun 2003, jumlah kematian akibat bunuh diri di Jepun ialah sebanyak 34,000 orang. Pada tahun 2014 pula, angka kematian bunuh diri pada setiap hari ialah sebanyak 70 orang. Kebanyakan kes bunuh diri adalah berpunca daripada ketiadaan kerja ataupun kerja berlebihan di tempat kerja.


Bagi sesetengah masyarakat Jepun, mereka hanya ada dua pilihan. Mati kerana kerja ataupun bunuh diri kerana tidak mempunyai kerja. Gelaran Karoshi adalah untuk mereka yang mati kerana kerja berlebihan. Dan peliknya, perkara ini bukanlah sesuatu yang pelik di sana.


Di Malaysia pula, kita tidak melihat orang lain yang tidak bekerja sebagai sesuatu yang buruk. Lihat sahaja jumlah pengemis di Malaysia, kita sentiasa berbesar hati untuk memberi sedekah tanpa melebel para pengemis sebagai pemalas. Mungkin saja mereka mempunyai isu-isu yang kita gagal untuk faham. 

Tuesday, 13 November 2018

DULU HISAP GAM, SEKARANG MINUM AIR REBUS LAMPIN BAYI UNTUK RASA KHAYAL


Jika sebelum ini gam kasut terpaksa dijual secara terkawal kerana disalah gunakan oleh budak-budak penghisap gam, sekarang nampaknya kerajaan perlu mencari inisiatif baru untuk mengawal pembelian lampin bayi kerana baru-baru ini menjadi viral sekumpulan kanak-kanak meminum air rebusan lampin bayi untuk mendapat rasa khayal.


Mereka yang pernah mencuba air rebusan lampin ini mengatakan kesan air tersebut lebih mengkhayalkan berbanding menghisap gam. Ada juga yang mengatakan kesannya seperti menghisap syabu. Badan terasa ringan, terasa seperti terbang, gembira dan tenang.


Sebelunnya, penemuan itu dilakukan tanpa sengaja oleh sekumpulan remaja yang ingin mencuba-cuba. Setelah itu, perbuatan minum air rebusan lampin merebak secara meluas kerana membeli lampin lebih murah berbanding gam kasut yang boleh memberikan kesan khayal.


Mengikut kajian, air rebusan tersebut mengandungi bahan kimia yang memberi kesan kepada mata atau butiran polimer penyerap cecair yang berbahaya jika dimasukkan ke dalam badan.

Sunday, 4 November 2018

PEROMPAK PALING TERUK DALAM SEJARAH


Kejadian rompakan ini sangat pelik kerana para perompaknya terbukti tidak boleh berfikir secara waras. Polis yang menerima laporan tersebut juga hampir-hampir tidak bercaya wujud perompak sedemikian.

Mulanya, seorang pemilik kedai Vape didatangi 6 orang perompak yang masuk ke dalam kedainya pada awal pagi. Setelah diminta menyerahkan duit, pemilik kedai tersebut berkata dia tidak mempunyai duit kerana kedainya baru sahaja buka. Lalu dia pun menawarkan para perompak tersebut untuk datang semula pada waktu petang kerana waktu itu dia boleh mendapat banyak duit hasil jualan pada hari tersebut.

Para perompak yang kelihatan bersahaja itu bersetuju dan berlalu pergi. Setelah itu, pemilik kedai tersebut pun menelefon balai polis berdekatan untuk membuat laporan. Walaupun sukar untuk percaya laporan tersebut, beberapa orang polis terpaksa datang untuk memastikan kebenaran laporan itu.

Ajaibnya, ketika kedai ingin ditutup, para perompak tersebut benar-benar datang semula untuk mengambil duit. Malangnya, kali ini polis sudah bersedia di bilik belakang kedai lengkap dengan senjata. 5 orang perompak berjaya ditangkap dan seorang lagi berjaya melarikan diri.

TEMPAT UNTUK DAPAT KOTAK TERPAKAI PALING MURAH


Gara-gara mau pindah rumah, terpaksalah saya cari lubuk-lubuk untuk beli kotak terpakai. Macam biasalah, guna bantuan Google untuk cari tips-tips yang orang sudah pernah kongsi. Selama pencarian tersebut, akhirnya ada satu tempat paling best. Tempat ni jual sangat murah. Sebab tu saya perlu kongsi dengan kamu. Sharing is caring~


Jadi alkisahnya begini, mula-mula saya ikut tips satu blog ni. Dia suruh minta kotok terpakai di stesen isi minyak kereta. Sebab stesen minyak Petronas tidak jauh dari rumah, jadi saya pun try tanya pekerja dia. Tapi rupanya malang, ada satu saja kotak terpakai. Itu pun besar macam bantal saja. Bila tanya perlu bayar atau tidak, pekerja tu sempat delay 30 saat sebelum cakap "ambil saja tida perlu bayar". Apa-apa pun terima kasih sebab bagi free. hehehe


Lepas tu, saya mencuba nasib di kedai runcit pula. Bila tengok kedai tu ada banyak barang-barang dijual. Jadi dalam hati cakap, mesti ada banyak kotak terpakai. Dan tekaan saya memang betul. Memang ada banyak kotak terpakai, tapi tauke tu jual 1 ke 3 ringgit sekotak. Bila fikir-fikir saya perlu sekurang-kurangnya 30 kotak, saya terpaksa batalkan niat untuk beli. Buat apa juga beli kotak terpakai mahal-mahal sedangkan hanya perlu guna sekali. Betul kan? Lain la kalau kotak baru dia jual mahal. Jadi jawapannya, sayonara sajalah tauke.


Tidak putus asa, saya pun pergi di supermarket. Kedai besar, memang mesti ada kotak terpakai. Tapi persoalannya dorang jualkah? Ahaaa! inilah yang saya mau kongsi. Sebenarnya, di supermarket ni dorang memang jual kotak terpakai, tapi bukan dalam pasaraya tu, tapi di luar di tempat loading barang-barang keluar masuk. Selalunya loading bay ni ada di bahagian belakang pasaraya. Kamu hanya perlu datang sana dan minta untuk beli kotak terpakai. Di situ dorang biasanya jual ikut harga pasaran untuk kotak terpakai iaitu 30 sen per kilo. Bila sudah dengar 30 sen saja satu kilo, saya pun cepat-cepat pilih kotak-kotak besar untuk timbang. Mungkin dalam 40 kotak macam tu saya hanya perlu bayar 7 ringgit. Memang terbaiklah! Tempat tu akan sentiasa jadi tempat pilihan utama untuk cari kotak terpakai lepas ni. hehehe